TUTORIAL MUDAH POP ART

Salam semua. Dalam post kali ni aku akan bagitau tutorial mudah membuat pop art style pada gambar korang menggunakan editor picture online. Laman web yang di maksudkan ialah: www.befunky.com. Ayuh kita mulakan:........

KLIK UNTUK BACA

WEB INSPIRASI FOTOGRAFI

Disini aku beri beberapa laman web yang sesuai untuk korang yang minat dengan fotografi untuk jadikan inspirasi dalamberkarya. Aku rasa ianya juga sesuai untuk korang jadikan rujukan untuk hasilkan sendiri portfolio hasil karya korang secara online. Untuk bahagian pertama ni aku senaraikan 5 laman web terbaik yang selalu aku view untuk cari inspirasi. Jom layan dan jangan lupa komen post ni :)

JOM LAYAN

10 CONTOH HIGH SPEED PHOTOGRAPHY

High Speed Photographing merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam fotografi biarpun ianya susah dipraktikkan namun ia mampu mencapai "eye catching" dalam foto yang diambil. Teknik ini merupakan seni mengambil gmbar secara cepat tanpa merosakkan mode scene atau event yang ingin diambil. Setiap fotografer mempunyai teknik tersendiri dan menggunakan cara yang berlainan. Ini merupakan contoh foto yang menunjukkkan high sped photography. Layan dan komen post ini ok. :)

JOM BACA

KOMIK KELUANG MAN KEMBALI

Komik Keluang Man kembali lagi. Komik ini akan dikeluarkan secara bulanan mulai bulan Februari 2011. Bagi yang merindui kelibat Keluang Man boleh dapatkan sekarang. Harga sekitarRM5.00 untuk Semenanjung dan RM6.00 untuk Sabah/Sarawak. Komik Keluang Man dikeluarkan oleh Homework Studio. Banyak pelukis yang menyumbangkan karya mereka untuk komik ini seperti Azhar Saad, The Silencer, Aki Monster dan Vico Majidee..

BACA-LAH

INTERVIEW BERSAMA ZAMZAMI M. ZAIN

Setelah beberapa tidak membuat temu bual dengan artis komik atau kartunis tempatan, aku mendapat kesempatan menemubual seorang lagi bakat baru yang sedang meningkat naik dalam bidang industri komik tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Zamzami M. Zain yang popular dengan lukisan secara digital.Layan...

KLIK

10 Contoh Poster Filem Inspirasi Lego

Jika dalam post sebelum ini aku ada memberi contoh filem dalam minimalis design, kali ini aku senaraikan rekaan poster filem terkenal 2011 dengan menggunakan konsep Lego. Lego adalah sejenis alat permainan bongkah plastik kecil yang terkenal di dunia khususnya bagi golongan kanak-kanak atau remaja tidak kira lelaki ataupun perempuan. Bongkah-bongkah ini serta kepingan lain boleh disusun menjadi apa-apa model. Kereta, kereta api, bangunan, kota, patung, kapal, kapal terbang, kapal angkasa serta robot, semuanya boleh dibuat.

BACA LAGI

Search

Like Kami Di Facebook

15 Mei 2013

TweetThis Button

10 Contoh Rekaan Menarik Pembungkusan Terbaru



Untuk post kali ini kami nak kongsikan 10 contoh koleksi serta reka bentuk pembungkusan yang paling kreatif yang unik serta terkini. Reka bentuk pembungkusan adalah salah satu strategi pemasaran yang paling penting yang tidak harus dipandang ringan. Atas sebab ini, kita fikir untuk merujuk koleksi segar beberapa reka bentuk pembungkusan inspirasi dan kreatif untuk anda. Dengan reka bentuk pembungkusan yang berkesan dan kreatif, produk seseorang boleh menonjol di atas rak butik atau pasaraya, dan ini adalah sebab utama mengapa pelanggan membolehkan pereka mereka untuk mewujudkan apa yang mereka ada di dalam fikiran mereka, iaitu, barangan kreatif yang melampau dan terbaik. Jom layan contoh-contoh ini. Enjoy!!










08 Mei 2013

TweetThis Button

Cayalah! - Komik Dakwah Menyerlah

 Salam dan apa khabar korang semua? Ok untuk post kali ini kita cerita sikit pasal komik terbaru dipasaran Malaysia. Komik Dakwah Menyerlah Cayalah! adalah projek terbaru kartunis Rose-man bersama rakan kartunis lain yang join seperti Alif Firdaus, Duku dan ramai lagi. Konsep komik ini ialah dakwah yang mengajak pembaca melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian. Selain itu terdapat artikel menarik yang mampu memukau pembaca dengan info-info yang diberi. Harga untuk edisi perdana ini ialah RM5.00 dan mula berada dipasaran pada 7Mei 2013. Ini sedikit preview dalam komik ini.
Amacam, mesti tertarik kan. Jangan lupa mengikutinya setiap bulan. Terus support komik tempatan. Enjoy!!!

27 April 2013

TweetThis Button

Bujang Edisi ke 3 Paling Sempoi


Apa khabar korang semua? Setelah lama tak update ini post terbaru semamndangkan aku tak sibuk (ceh!). Setelah beberapa tertangguh akhirnya bakal keluar jugak 100% Bujang Kartun. Untuk edisi ini aku masukkan 100% kartun Bujang tanpa ada Aku & Dia seperti sebelum ini. Dengan harga RM6 korang akan dapat komik dan poster bersaiz A3 untuk masa yang terhad sahaja. Diharap korang dapat support aku dan Bujang Kartun :) 

Apa-apa boleh komen dan emel ke akunapie@yahoo.com

01 April 2013

TweetThis Button

Neon Terbit - Penerbit Berwibawa Dari Pahang



Hello, apa khabar korang semua. Post ini aku buat langsung dari kampung halamanku di Perlis. Untuk post kali ini kita bercerita tentang salah satu penerbit buku indie berwibawa dari Pahang. Sejak akhir-akhir ini banyak penerbit indie muncul untuk membawa ke depan karya2 alternatif untuk memberi pilihan kepada pembaca. Salah satunya ialah Neon Terbit. Ini maklumat mereka:



Ini adalah karya terbaru daripada Neon Terbit. Bagi yang berminat boleh terus ke link facebook dan blog diorang. Terus sokong scene tempatan. Lokal Best!!!!



22 Februari 2013

TweetThis Button

Marshable.net - Laman Sosial Malaysia


Korang dah bosan dengan laman sosial sedia ada sekarang ni? Ayuh sertai geng http://www.marshable.net/ yang pastinya sempoi. Laman sosial ini dibangunkan sepenuhnya oleh seorang anak tempatan yang mempunyai visi yang jelas dalam pembangunan laman web sosial. Keistimewaannya laman ini menawarkan tayangan filem baru dan lama untuk tontonan korang semua. Terdapat juga saluran TV dan radio streaming untuk korang layan. Pelbagai topik juga dimuatkan dalam forum ini. Marshable turut mewujudkan ruangan marketplace untuk korang berniaga dan blog untuk korang berceloteh. Jadi tunggu apa lagi, jom daftar percuma jer pun. Layan????

21 Februari 2013

TweetThis Button

10 Contoh Pengiklanan Luar Yang Berani




Pengiklanan adalah kemahiran pemasaran melibatkan seni bentuk, seni reka, dan reka letak. Dalam pengiklanan bercetak, pengiklanan adalah terhad kepada teks  dan imej sahaja. Di internet iklan boleh bergerak, tetapi masih 2D walaupun terkini teknologi memungkinnya kepada 3D. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada pengiklanan luar, artis mempunyai kebebasan dan boleh membiarkan kreativiti mereka berjalan meliar dan bebas - dan yang apa mereka lakukan, dengan cara yang luar biasa. Pengiklanan luar dan adalah semua iklan yang anda boleh lihat di luar rumah anda - sama ada ia berada dalam kedai, papan iklan, bas, teksi, tepi jalan dan lain-lain.

Di sini aku telah cari dan mengumpul 10 contoh iklan luaran yang menakjubkan dalam imaginasi dan kreativiti digunakan untuk mendapatkan keputusan akhir yang menakjubkan. Ayuh layan dan komen okay :)










19 Februari 2013

TweetThis Button

Komik Gelabah Volume 2 Lagi Syok




Apa khabar korang semua? Untuk post kali ni aku nak bagitau yang Komik Gelabah akan keluar isu 2 pulak. Sebelum ini dah keluar isu 1 pada yang tak tau lagi la. Untuk komik isu 2 beberapa orang telah berminat untuk berkarya dengan kartun yang semakin gempak dan menawan. Isu ini turut menapilkan beberapa bakat baru yang berani menonjolkan diri. Selain itu diselitkan beberapa artikel yang  menarik di samping percuma kalender mini yang menarik. Sebarang updates korang boleh layan di fb: www.fb.com/komikgelabah. Harap korang support hasil seni anak tempatan. Terima kasih.

18 Februari 2013

TweetThis Button

10 Contoh Menarik Typografi Dalam Pengiklanan Siri I


Peranan tipografi bermain dalam mana-mana jenis reka bentuk hanya dipuji kerana ia bukan sahaja menambah kejelasan dalam reka bentuk tetapi juga meningkatkan keseluruhan reka bentuk, sama ada laman web atau reka bentuk untuk media cetak (pengiklanan).
Dengan penggunaan tipografi kreatif, korang berkesan boleh menyampaikan mesej dan memujuk audiens dengan sangat mudah. Untuk post kali ini aku telah kumpul beberapa iklan media cetak inspirasi yang menunjukkan kuasa tipografi. Aku berharap post kali ini memberi korang inspirasi. Ini baru siri I dan akan ada lagi, korang layan yang ni dulu lah. Peace!!










DOUBLE KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS :)



16 Februari 2013

TweetThis Button

10 Rekaan Menarik Kad Bisnes Plastik

Kad perniagaan (bussiness card) digunakan oleh golongan amatur dan profesional di mana mereka berkongsi beberapa maklumat penting dengan bakal pelanggan supaya pelanggan boleh menghubungi mereka dengan mudah. Walau bagaimanapun, teknik  promosi ini digunakan oleh semua profesional yang terlibat dalam pelbagai jenis profesion atau perniagaan. Oleh itu, pengguna kad perniagaan perlu memastikan bahawa kad perniagaan yang kreatif dan menarik supaya ia membuat kesan yang baik kepada pelanggan atau kenalan untuk menyimpan kad perniagaan. Salah satu gaya terkini di dalam kad perniagaan yang adalah menjadi ikutan hari ini adalah kad perniagaan yang telus plastik (transparent) di mana kesan yang berbeza boleh dicetak mudah. Selain itu, bahan-bahan plastik adalah lebih tahan lama dan pasti alternatif yang mesra alam.

Untuk isu kali ini ayuh kita layan 10 contoh menarik kad bisnes daripada plastik. Semoga ianya memberi idea dan inspirasi kepada pereka grafik di luar sana yang kadang-kadang kekeringan idea yang best. Enjoy!!!











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

blogr.my