06 November 2008

Hobi Di masa Lapang


Pada korang yg boring2 bleh la ambik pic ni dan print pada kertas saiz a4 yg tebal. Selepas tu ikut arahan kat situ. Hobi membuat patung kertas ni dh popular kat Jepun dan Korea sekarang ni. Apapun hepi dan sempoi selalu.Enjoy it!!

05 November 2008

SUPPORT JOE KIDD


support web ni ok...
local punya website yg menghiburkan dan sesuai untuk rakyat malaysia..
klik sini

Bunk Face-Local Atau Global?


Mereka kumpulan yang memainkan Punk Rock 'giler'. Walaupun agak separa waras waktu di pentas (anda kena menonton mereka), itu komen dari yang pernah melihat aksi mereka. Band yang berasal dari Klang ini baru mencapai usia setahun sejak ditubuhkan pada 2005 yang lalu. Mereka juga antara aksi yang mendapat tempat di dalam senarai sepuluh teratas di list markah The Road To ROTTW Soundstage 2006 kelmarin. Sebagai sebuah band baru, rata-rata umur ahlinya cuma lepasan sekolah dan pemain bassnya masih lagi bersekolah. Maknanya... anda tidak akan menemui band ini di disko berhampiran anda, hehehe. Apa yang membuatkan band ini menjadi pilihan juri dalam pakej muzik mereka?

Nama SUM 41 secara bersungguh-sungguh yang disebut oleh mereka. Tanpa ragu-ragu, nama jugalah SUM 41 yang menjadi pengaruh mereka untuk bermain muzik dan membentuk hype punk di dalam band ini. Walaupun ada di sebut nama Greenday, NOFX, Rancid dan yang lain, namun nama SUM 41 tetap dipertahankan atas alasan drummernya yang cute kata Biak. Tanpa ketua, band ini cuma punya posisi untuk jawatan operator sahaja kata mereka. Paan (gitar utama) bertindak selaku operator band yang akan mengumpulkan mereka untuk setiap kali waktu berkumpul dan praktis. Turut di anggotai oleh Farouk (bass), Sam (gitar,vokal utama) dan Biak (dram). Band ini bergerak dengan muzik dan lirik yang dibikin bersama. Malah persembahan mereka juga memerlukan semua ahlinya menyanyi sama sehinggalah ke posisi drummmer.

Komik Keluang Man Kembali