10 Ogos 2009

Interview Exclusive Dengan Kartunis Suraya



Aku berpeluang untuk menemubual seorang kartunis perempuan yang namanya semakin meningkat naik dalam industri kartun di Malaysia. Beliau ialah kartunis Suraya yang kini menghasilkan artwork Esha dan Boy di Majalah G3 keluaran Karangkraf. Berikut merupakan perbualan aku dengan dia selama beberapa minit jer sebab dia busy menyiapkan artwork untuk dihantar. Harap korang enjoy dan rilek2 je dan dapat support kartunis ni.


aku_NAPIE: nama penuh dan asal mna?
coolestnerd6: name aku suraya md nasir dan aku asal johor bahru
aku_NAPIE: sejak bila minat melukis dan kartunis idola?
coolestnerd6: emm belom skola lagi aku mmg minat gile pegang pen ngn kertas,kire dri kcik lagi aku dh ske la lukis2 ni tp lukis buruk gile. lgpon mak aku pndai lukis
coolestnerd6: idola pulak.. hermm.. aku ske eisaku kubonouchi sb cte chocolat yg lawak gle tp touching at the same time.. n tempatan plak Jakalll sb die sifu aku n byk die ajar aku psl lukis.. kalu bkn sb die, aku tak smpai level skrg neh.
aku_NAPIE: start melukis untuk majalah mna?n skang dgn majalah mna?
coolestnerd6: em tak silap aku aku 1st keje bulan Mac 2007 kat MOY under Majalah Blues Selamanya, dahtu mag tutup bulan ogos.. n aku nganggur jap. n then taun 2008 aku stat kije kat Karangkraf - Majalah G3 smpai la arini. kire slame ni aku kije part time je, sb aku full time student
aku_NAPIE: karya terbaik setakat ni..n impian dlm kerjaya ni
coolestnerd6: rase rasenye yg sukses cte loose Esha n Boy la kut sb org sng nak relate, n impian.. nak jdik antara kartunis awek yg ade ilmu tp ade kerjaya yg die ske at the same time. kalu sebut sape kartunis pompoan kat Malausia, aku nk name aku diorang sbut dlu
aku_NAPIE: pesanan utk sape yg nk jd kartunis
coolestnerd6: slalu buat homework.. makneye jgn cepat slese dgn stroke sndrik.. always crik ruang nak improve.. kne ade passion n drive yg tinggi n always stay dgn mende yg kte nak, dlm part sini, stay dgn dream nk jadik katunis.. bkn half way je.. hehe
aku_NAPIE: cmner peminat nak kontek ko?
coolestnerd6: bleh pg kat blog aku www.superjonet.blogspot.com n ym aku coolestnerd6@yahoo.com

Katsuya Terada "Doodle King"





Katsuya Terada (寺田克也 Terada Katsuya, lahir 7 Disember,1963) adalah illustrator dan kartunis dari Jepun menggunakan nama samaran, Rakugakingu (ラクガキング "Doodle King"). Katsuya Terada lebih dikenali di U.S.A sebagai pereka karekter untuk filem animasi Blood: The Last Vampire. Beliau juga menghasilkan artwork untuk komik American seperti Iron Man dan Hellboy. Salah satu karya beliau digunakan untuk official statuette of Hellboy. Di Jepun, beliau dikenali untuk Tanjei Jinguji Saburo iaitu siri video game misteri di sana.
Katsuya Terada turut terlibat dalam rekaan bersama artist2 lain dan terlibat dalam projek khas seperti rekaan design kasut Nike.

Official website : http://cacazan.com/

Komik Keluang Man Kembali