10 Oktober 2009

Kamen Rider Decade - Semua Rider Muncul??



Kamen Rider Decade adalah edisi pertama tahun 2009 bagi siri Kamen Rider yang mempunyai ramai peminat. Decade, tajuk yang dicadangkan adalah siri ke-10 dalam Heisei Rider Series, bermula dengan Kamen Rider Kuuga pada 2000. Mula disiarkan setelah final siri Kamen Rider Kiva dan penampilannya dalam Super Hero Time sepanjang tahun 2009 edisi Super Sentai Series, Samurai Sentai Shinkenger. Slogan siri ini ialah "Destroy everything, connect everything."Nak tengok siri ni just view kat youtube jer. Peace!!!

09 Oktober 2009

Universiti Terbuka PTS - Untuk Peminat Penerbitan & Penulisan


Universiti Terbuka PTS (UNIKA PTS) dibina bagi membantu saudara menulis, menterjemah, mengedit, menerbit, menjual dan mengedar buku. Moto kami adalah memandaikan bangsa melalui penulisan dan penerbitan. Universiti Terbuka PTS (UNIKA PTS) adalah sebuah universiti maya khusus bagi peminat dunia penerbitan dan penulisan buku. Inisiatif ini dibuat bagi menyediakan satu medium atau platform khusus bagi semua individu mendapat pendidikan formal dalam penulisan dan penerbitan buku. Sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai aktiviti yang dianjurkan di bawah UNIKA PTS bolehlah alamatkan pertanyaan anda kepada :

Universiti Terbuka PTS (UNIKA PTS)
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati 53300
Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-41427413/16
No. Faks : 03-41427415

Website: http://www.universitipts.com/
Email: pertanyaan@universitipts.com

UiTM HOT TOUR



Support member kat Uitm dan band indie tempatan. Peace!!

Rottworld - Komik Muzik


Rottw komik kini kembali setelah penampilan terakhir pada tahun 1998, maybe sebagai comeback untuk mengambil peluang keadaan ekonomi yang stabil sekarang. Membariskan kartunis seperti DARD, ZULIZ, PARANOIA OF AYIE, JANZ,POGGOTHS, JANGGUT, MR.E dan MR. WHITE untuk memantapkan isi kandungan yang masih berkisar mengenai muzik dan kehidupan pemuzik masa kini. Namun dibandingkan dengan isi kandungan yang sedikit dan harga yang agak tidak berbaloi membuatkan ramai orang berfikir 2 kali sebelum membeli. Sebagai langkah terbaik agar Rottworld ini dipakejkan dengan ROTTW mag untuk melancarkan penjualan berterusan. Mahu info lagi boleh ke http://rottworld.net

08 Oktober 2009

Joe Ledbetter - Karekter Rekaan Terhangat


Dipengaruhi oleh animasi klasik, graphic design dan kehidupan seharian, itulah yang mengambarkan tentang Joe Ledbetter dan banyak perkara lagi. Mengambil hati merupakan pendekatan yang digunakan oleh beliau untuk menghasilkan karekter yang cute dan cuddly dalam karya2 yang banyak dengan situasi yang tak terjangka dan fantasi. 

Semasa bekerja sebagai  graphic apparel selama 3 tahun, , Ledbetter turut terlibat dalam  LA underground art scene, bermula dengan kumpulan Cannibal Flower. Pada akhir 2004, beliau mempunyai trademark tersendiri dalam penghasilan karekter. Kini beliau bukan sahaja dikenali sebagai pereka karekter kartun, malah sebagai pereka mainan, terlibat dalam animasi dan lain2 lagi. Untuk lebih info di www.joeledbetter.com

06 Oktober 2009

Sun Comic- Gedung Barangan Berkaitan Anime



Laman web ni memaparkan produk yang berkaitan dengan dunia anime, model aksi dan macam2 lagi untuk generasi muda yang meminatinya. Terdapat pelbagai judul DVD dan VCD yang terkini berkaitan anime seperti Bleach, Naruto dan lain2. Bagi yang berminat boleh menjamu mata dan menghabiskan duit kerana minat di www.suncomic.com.my

Komik Keluang Man Kembali