22 April 2010

Interview Lagi - Dengan Kartunis Gandum Pulak ( Ex- Ujang)

Belum pun reda dangan interview bersama Kartunis Bophairy, sekali lagi siri interview kartunis membawakan kepada korang salah sorang kartunis yang telah mencipta nama bersama Majalah Ujang di awal kemunculannya dulu. Kartunis yang dimaksudkan ialah Gandum, kartun beliau kebanyakkan menggunakan loghat bahasa utara sebagai bahan ketawa di dalam kartunnya.

 Kartunis Gandum

Harap korang enjoy dengan interview ni. Interview ni berlaku di facebook pada beberapa minggu, saja post lambat sikit kat blog ni. Bagi dia excited sikit. Haha..Peace!!

aku_NAPIE: nama penuh dan asal mna
Gandum: Ariff Ahmad kelahiran Kangaq Perlis

aku_NAPIE: sejak bila minat melukis dan kartunis idola?
Gandum: Start melukis umur 5 tahun , waktu itu suka lukis kartun din teksi.waktu sekolah suka lihat kartun Gayour dimajalah GG.kartunis idola dah tentu Ujang Budak Minang...

aku_NAPIE: start melukis untuk majalah mna? dan skang dgn majalah mna?atau kerjaya skang?
Gandum: Start melukis tahun 94 di Majalah BOOM! terbitan Ahadiat Akashah Publication. kemudian berpindah ke Majalah Ujang (kharisma) pada tahun berikutnya. Sekarang tidak terikat dengan mana mana majalah. Kerjaya sekarang sebagai Pegawai IT di Singapura. Melukis secara sambilan

aku_NAPIE: karya terbaik setakat ni..dan impian dlm kerjaya ni?
Gandum: karya terbaik bila dapat tempat dalam Majalah Ujang (Kharisma) , Impian sudah tercapai menjadi kartunis.


aku_NAPIE: bro ada sape2 yang jd sifu ke dalam berkarya?
Gandum: Sifu bro , bro banyak meniru lukisan lukisan kartunis lain. antaranya Aie , kerenggee .
 
aku_NAPIE:Pendapat mengenai kerjaya kartunis sepenuh/separuh masa.
Gandum: Kartunis sepenuh masa banyak masa untuk berkarya dan potensi menjadi terkenal dan untuk yg separuh masa selalunya dikalangan mantan mantan Kartunis...


aku_NAPIE: Suasana komik tanahair tahun 90-an dan sekarang?
Gandum: Jauh bezanya. zaman kemuncak sewaktu majalah Ujang baru terbit dan dibawah kendalian Ujang sendiri. selepas Majalah Ujang diambil alih oleh pihak lain bole rasakan
sentuhan magic Ujang sudah suram. lawak biasa biasa.

aku_NAPIE: pesanan utk sape yg nk jd kartunis
Gandum: banyak praktis , sabar. bole meniru tapi bukan menciplak!. melukis kerana bakat bukan mengejar glamer. sentiasa amil nasihat dan sedia menerima kritikan !

aku_NAPIE: cmner peminat nak kontek bro?
Gandum: bole lawat www.bradergandum.blogspot.com 



Komik Keluang Man Kembali