This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

31 Julai 2010

Jeri Azhari - Bapa Pop Art Malaysia



Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih sinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening subuh 19 Julai 2006, hanya kira-kira dua setengah minggu usainya majlis pelancaran pameran solo (ke-8) beliau di Balai Seni Lukis Negara. Beliau dikebumikan di Sungai Siput, di tanah kelahirannya, negeri Perak Darul Ridzuan. Di saat pemergiannya, pameran instalasi bertajuk Integriti masih dibondongi khalayak dan peminat seni yang teruja dengan himpunan karya-karya bernuansa pop (genre yang menampilkan elemen/subjek kistch berkaitrapat dengan budaya massa dan konsumerisme). Sesudah Joseph Tan, Ismail Zain, Redza Piyadasa dan Ibrahim Hussein bermain dengan elemen popular, hampir tiada penggiat seni tampak tanahair yang cenderung menyelami Seni Pop seserius dan seyakin Jeri. Jeri teguh kerana Pop Art. Dia bergelandangan angkara Pop Art. Beliau gemilang disinar Pop Art. Tiada sesiapa yang dapat mentafsir ketaksuban Jeri dengan stail dan konsep Seni Pop yang ditatang selama ini. Walau pun mungkin tidak tercapai kirtana dunia glamor Warhol dan Lichtenstein, Jeri tetap dengan pendiriannya hingga ke akhir hayat.


Gejolak artistik Jeri tidak hanya terbatas kepada ekspresi melukis sahaja malah turut diluahkan melalui seni persembahan (performance art). Pada tahun 1999, kira-kira dua minggu sebelum kemunculan detik milenium, beliau mempersembahkan ‘In Search of Ahmad’ di studionya di Bangsar. Karya persembahan ini mempersoalkan tentang tujuan kewujudan manusia. Selama empat belas hari Jeri ‘berpuasa’ daripada makan dan bersuara (walau pun dengan si isteri) dengan tujuan menghindarkan diri daripada godaan dunia; berita, radio tv, rokok, politik, gossip, dan sebagainya. Untuk menguatkan fokus dan stamina beliau menggulung helaian suratkhabar dan majalah setiap hari yang pada akhir upacara ini menyaksikan lebih kurang 10,000 helaian kertas digubah menjadi sebuah karya instalasi. ISA (In Searh of Ahmad) turut dipamerkan sempena pameran solo bertajuk ‘Relations’ di Galeri Petronas KLCC pada tahun 2001.



Pada tahun 2002, beliau dan Sita menjayakan sebuah lagi karya seni performatif yang menggabungkan seni dan muzik di Zooz Cafe Gallery. Khalayak mengambil bahagian dalam acara berbentuk interaktif tersebut dengan berbual panjang bersama mereka mengenai pelbagai topik. Di waktu kemelut peperangan Iraq pada tahun 2003, beliau mengambil bahagian dalam acara kolaboratif bersama ‘500 children of homes’ untuk penghasilan kolaj gergasi bertajuk Children of Malaysia for World Peace di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan pada tahun 2004 beliau diundang untuk menghasilkan karya Imposibiliti dalam ruang publik Laman Seni di Balai Seni Lukis Negara.

Genap usianya setengah abad, setelah menjadi pelukis sepenuh masa hampir 20 tahun dengan kehidupan yang cuba merealisasikan filsafat Seni Pop, Jeri melangkah meninggalkan kita semua. Harap-harap diketemuinya baraqah alam yang lebih pop dalam keadaan yang tenang dan penuh gemerlapan. Tidak dapat disangkal lagi, ‘pop’ atau ‘Bapa Pop Art’ yang banyak menjadi guru kepada sebahagian penggiat seni ini pergi sebagai seorang lagenda setelah menjalani dugaan masa dan berjaya menancapkan namanya sebagai pelukis pop Malaysia di dalam persejarahan seni tampak tanahair. Malah nama Malaysia turut dijaja ke peringkat antarabangsa bila mana beliau terpilih oleh The Marquis Who’s Who Publication Board bagi kategori “Who’s Who In The World” (Edisi ke17, 2000), sebagai salah seorang tokoh yang telah membuktikan pencapaian yang baik dan konsisten sepanjang penglibatan dalam bidang yang diceburinya.

“Jeri, as the legend goes, is one artist of incredible self- denial, who eventually gave up his job as a graphic artist just to paint and paint and paint.” – Ooi Kok Chuen, The New Straits Times(arts), March 20th 1997.



Wasiat Jeri kepada para pelukis muda: “Jangan ke depan terlalu mendadak, ia akan menjahanamkan kamu! Masa diperlukan untuk sampai ke sana, wang datang dan pergi untuk memperbodoh dan membunuh pelukis seperti kamu; wang hanya untuk survival sehinggalah ia mendesakmu. Setiap orang harus bekerja dengan keaslian (originality) dan memilih arah berlandaskan pengalaman semasa dan lampau, akar, DNA. Tujuan menjadi seorang pelukis; Anugerah (The Gift) – kreativiti datang dari Pencipta (The Creator), untuk membalasNya, kembalikan kepada manusia, Dunia (The World). Cari dan kenalilah ‘insan’ di dalam dirimu, dengar kepada suara kalbumu; praktikkan dengan kebenaran untuk mendepang minda, ide dan kespontanan; keikhlasan untuk ketabahan; kesabaran sebagai cahaya petunjuk arah. Diri di sebalik karya adalah yang lebih utama dan ‘jangan terpinggir oleh sebab-sebab sendiri’. Para senior telah melakukan yang terbaik dengan menjaja obor seni; tanpa mereka kamu yang harus menjadi pioneer. Dengan segala ilmu tersebut (yang tidak dapat kamu belajar di sekolah-sekolah seni), bersama-sama kita dapat mengharungi gelora dan nescaya tidak lama lagi kamu akan faham karya-karya saya.”




Studio Hari - Hasilkan Animasi Bermutu Dan Terkenal.


Ditubuhkan pada 2006 oleh Josselin Charier dan Antoine Rodelet, STUDIO HARI adalah syarikat pengeluaran yang fokus kepada audiovisual berpusat di Paris. Khusus di filem animasi 3D, HARI STUDIO telah mengembangkan sebuah garis editorial asal untuk khalayak keluarga. STUDIO HARI, penerbit eksekutif, juga mengawasi pengeluaran semua program di studio animasi 3D. Pengeluaran pertama STUDIO  HARI adalah format pendek oleh Alexandre SO bertajuk: "THE OWL" (52 × 1 ') - sebuah humor "yang unik dan tak terduga " siri kartun untuk anak-anak maHupun para orang dewasa. 





Bersiaran di Perancis pada saluran France 3 dan Canal J, siri itu berjaya di peringkat antarabangsa besar juga dan sekarang disiarkan di saluran TV di 200 negara! Hari ini, STUDIO HARI menghasilkan sebuah siri TV baru dengan semangat asal dan kreatif yang sama: "LEON, (T) ERROR OF THE Savannah" (52 × 3 '). 



STUDIO HARI mengembangkan tiga projek lain untuk pasaran antarabangsa yang sesuai dengan alur yang berbeza editorial. Untuk setiap produksinya, STUDIO HARI menyatukan pelbagai bakat seniman CGI 3D untuk membuat program TV dengan sinematografi yang tinggi. 
                                                     Lagi info di: www.studiohari.com

27 Julai 2010

BAKAT SENI KARTUN MERDEKA 2010 - JOM JOIN RAMA-RAMAI

(klik gambar untuk view)

Tempah Pertandingan : 15 Julai (Khamis) - 31 Ogos (Selasa) [48 hari]

Pertandingan terbuka kepada dua kategori :
Kategori 1 ~ Umur 18 tahun ke bawah
Kategori 2 ~ Umur 18 tahun ke atas

Karya boleh dipersembahkan dalam bentuk 
Strip Cartoons atau Editorial Cartoons.

Untuk maklumat lanjut & muat turun borang penyertaan, sila layari laman web :
www.artgallery.gov.my
www.facebook.com/artgallery.gov.my/PSKBM
www.gempakstarz.com
www.facebook.com/pages/GEMPAK-STARZ/110946776168


Kawan-kawan sekalian, marilah tunjuk bakat seni kartun. Hadiah lumayan sedang menunggu anda !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

blogr.my