29 Ogos 2010

BOOMiX - Ekspresi Minda Maksima - Projek Oleh AKU BUDAK SENI


Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya komik mini daripada produksi AKU BUDAK SENI akan menemui korang tidak lama lagi. Antara isi kandungan yang ada nanti ialah komik, poster, grafik dan macam-macam dari admin dan ahli-ahli AKU BUDAK SENI sendiri yang terpilih di laman facebook kitorang. Mana-mana karya yang terpilih akan dikreditkan nama korang. Dan jika sambutan yang menggalakkan saguhati berupa bayaran akan diberikan. Untuk permulaan sebanyak 50 buah sahaja (super spesial limited edition) yang akan diterbitkan. Nantikan kemunculannya nanti.Terima kasih kerana terus menyokong.

Ulasan awal oleh Fakhrol Anour Abdullah ( Ayour) -"Layout dimana semuanya bermula. Meminta pandangan orang lain adalah lebih bagus daripada meminta idea orang lain. Show your skill! ^_^
Fanzine jer? Sian fanzine level... Cam level tu bunyi sampah jer. Sian yang lain berusaha tunjuk skil kat level fanzine. Nasihat Ayour, perah kreativiti yang esktrim ketika sedang sempoilah masa paling sesuai untuk mencapai Minda Aktif Kreatif. Bila dah jadi komersil, indah rupa dari khabar... yang dilhat kekal indah, tapi nak hasilkan kreativiti... hanya diberi peluang 5 minit atau blah! Jadi mulakan sekarang.
Berkongsi pengalaman jer, no offend bro."

Ulasan oleh Kartunis Gandum- "BOOM ni macam majalah kartun aku keja dulu....tapi ada X disitu...adakah BOOM comeback?"

Komik Keluang Man Kembali