06 Jun 2013

Boboi - Majalah Komik Stylo Gila!

 Bulan Mei 2013 menyaksikan kemunculan pelbagai majalah kartun komik untuk memeriahkan industri sedia ada. Salah satunya ialah Boboi - Majalah Komik Stylo Gila terbitan Vision Work Sdn. Bhd iaitu syarikat milik Afdlin Shauki. Majalah komik ini memaparkan cerita inspirasi dan adaptasi segala filem yang pernah dan telah dilakonkan oleh kumpulan Boboi. Antaranya seperti Papadom, Along Bukit Beruntung, Pontianak vs Orang Minyak. Barisan kartunis terdiri daripada kartunis Aie, Bophairy, Nik, Mr Smiley, dan ramai lagi. 

Pelancaran telah diadakan pada 31 Mei 2013 di SACC Convention Center , Shah Alam. Ayuh support industri komik kartun tempatan. Teruskan membeli produk berkualiti. Like fan page BOBOI di:

03 Jun 2013

Fuyyoo! - Majalah Kartun Lagenda


Salam sejahtera kepada korang semua. Apa khabar agaknya ek. Semakin meriah industri komik kartun tanahair dengan kehadiran Majalah Fuyyoo! pada pertengahan bulan Mei hari tu.  FUYYOO! terbit sebagai wadah perkongsian hiburan santai dan info berkaitan aktiviti/karya kartunis, animator, komikus, ilustrator dan peminat kartun seluruhnya. Membuka ruang untuk karyawan OTAI dan baru untuk sama-sama mengisi pentas kartun Malaysia yang sebenarnya luas jika kita sendiri terlibat dengan industri ini. Isu pertama dijual dengan harga RM5.90 dan membariskan kartunis hebat seperti Belitong, Zainal Buang Hussein, Lat, Nipah, Duku dan ramai lagi lah. Harap korang terus support Majalah Fuyyoo! ini. Jangan lupa like fan page di: https://www.facebook.com/pages/Majalah-Fuyyoo/252094461598873

Komik Keluang Man Kembali