18 September 2008

Vaughan Oliver-Trendsetter Seni Sleeve 80'an



Jika bercerita tentang seni grafik 20 tahun dahulu tanpa menyebut nama Vaughan Oliver, itu bermakna anda tidak menghayati sejarah seni grafik itu sendiri. Hasil kerja Vaughan Oliver memfokuskan pada keseriusan dan keanehan, tapi keanehannya punya keunikan yang tersendiri dan dalam masa yang sama, ia juga indah. Dia menjadi perintis dalam gaya rekaannya hingga menjadi ikutan ramai pereka-pereka seni cover masa kini. Tidak dapat disangkal lagi, dia adalah salah seorang daripada pereka grafik yang terpenting dari Britain selama 20 tahun. Pengaruhnya dapat dilihat dengan meluas dalam seni reka cover sekarang. Hakikatnya, ketika Vaughan mula menghasilkan seni cover terawalnya, ketika itulah berlakunya peralihan medium mendengar muzik daripada vynil kepada cakera padat. Ini telah memberi satu rekabentuk baru pada seni cover dan sleeve, dan Vaughan Oliver ialah di antara pereka-pereka awal yang merintis seni cover dalam bentuk CD ini.

Dilahirkan di Sedgefield, County Durham, England pada 12 September 1957, graduasi Newcastle-upon Tyne Politechnic ini mula berkerja di studio rekaan pembungkusan Benchmark dan Micheal Peters & Partners di London. Selepas itu, dia banyak mencurahkan hasil kerjanya untuk label rakaman bebas yang baru ditubuhkan. Kerja terawalnya ialah untuk Modern English, band terawal di bawah label 4AD.

kredit to ROTTWORLD.COM

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali