17 April 2009

Kejayaan Lalu Diingati Kembali

Macam pernah tengok je komik ni kan kat mana2 kedai mamak mahupun kedai buku ternama. Percaya ataupun tidak karya aku turut dimuatkan dalam komik kompilasi bakat baru komik malaysia 2005 ni. Mesti korang tertanya pasal apa baru sekarang aku review dalam blog ni. Jawapannya aku start blog tahun 2008 dan saja nak kembalikan memori sewaktu menyertai pertandingan yang terhebat di Malaysia setakat ni.

Ni antara nama peserta yang berjaya ke peringkat akhir, termasuk karya aku yang tak seberapa 2, diorang ni sekarang dah berjaya menjadi pelukis komik dan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Akhirnya karya aku berjaya mendapat tempat pertama kategori komik strip bawah 18 tahun dengan karya Handphone.

Karya ni aku hasilkan setelah mendapat idea daripada melihat kawan2 yang gilakan handphone time 2. Dengan sedikit unsur humor dan mudah difahami akhirnya berjaya mendapat tempat pertama. Karya ni terpilih daripada 3 karya yang aku hantar, maybe juri lebih berkenan dengan karya ni. Bila teringat kembali, kadang-kadang aku terfikir juga adakah aku mampu mengulangi kejayaan lalu...peace!!

1 ulasan:

kEy berkata...

owh~
yay~
pndai lukis ek? hehe~

Komik Keluang Man Kembali