Kita dikurniakan sifat belas kasihan dan tidak ramai yang peduli akan sifat itu dalam diri diorang. Orang yang mempunyai sifat mulia macam tu susah nak jumpa sekarang ni. Korang pernah menolong orang yang berada dalam kesusahan kan? Tak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau pujian, Cuma agar orang yang ditolong itu berasa gembira dengan pertolongan korang.
Tiba la pada suatu masa, kita pula menghadapi kesusahan dan tidak mempunyai tempat untuk meminta pertolongan. Lalu teringatkan orang yang kita tolong dulu, bukan untuk meminta dia membalas budi tetapi dia orang terakhir kita meminta pertolongan. Dengan harapan orang tu akan membantu kita tetapi malangnya tidak diendahkan langsung malah dikatakan mengungkit dengan pertolongan terdahulu. Adakah kita menyesal dengan pertolongan dulu?? Manusia mempunyai pelbagai karenah, terimalah hakikat ini.
Oleh : HaSh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan