31 Ogos 2009

Gedung Kartun - Alternatif Jenaka Rakyat Malaysia

Gedung Kartun merupakan sebuah hasil seni terbaru untuk memeriahkan industri kartun di Malaysia yang digerakkan oelh sekumpulan kartunis kecil yang berpadu tenaga untuk melahirkan produksi- produksi berasaskan lukisan kartun sekaligus memperbanyakkan khazanah seni lukisan kartun di Malaysia. Berbeza sedikit dengan yang lain, disamping mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan, Gedung Kartun juga mengutamakan kualiti, yakni setiap kartunis dalam kumpulan ini mestilah membawa mesej kepada masyarakat sebagai keutamaan disamping teknik melukis. Dipelopori oleh kartunis berpengalaman, Zunar diikuti kartunis muda Jonos dan Ronasina serta teman-teman seperti Azzam Supardi, Nazar, Israq, Maisuri dan lain-lain  sebagai permulaan.
Berikutan permintaan yang tinggi & stok terhad, anda boleh memesan Gedung Kartun melalui email gedungkartun@gmail.com. Sebuah (Harga termasuk pos RM5). Langganan untuk 12 isu (RM40) dan 24 isu (RM80) secara online boleh dibuat melalui link ini http://bit.ly/gedungkartun.

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali