SETELAH berjaya mencipta fenomena Upin & Ipin yang sehingga kini menjadi perbualan ramai, pengarahnya, Mohd. Nizam Abdul Razak atau Nizam kini muncul dengan produk animasi terbarunya, Boboiboy. Boboiboy merupakan produk sulung milik syarikat Animonsta Studios yang diterajui oleh Nizam serta dua rakan kongsinya, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas). Biarpun pernah menyertai Les’ Copaque Productions Sdn. Bhd. (LCPSB) dalam membangunkan animasi Upin & Ipin tetapi kata Nizam, kemunculan animasi Boboiboy bukanlah bertujuan untuk bersaing. Nizam, Anas, Safwan serta lima lagi kakitangan LCPSB yang lain membuat keputusan keluar daripada syarikat tersebut pada September lalu demi mencari ‘tapak’ dalam mengembangkan lagi bakat mereka dalam dunia animasi tempatan.
Maklumat lanjung di http://www.animonsta.com/index.html
Maklumat lanjung di http://www.animonsta.com/index.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan