13 Oktober 2009

Kenny Chua - Komik Artis Kepada Chief Editor

Kenny Chua dilahirkan pada tahun 1974 di Kuala Lumpur. Setahun selepas tamat belajar di Malaysia Institute of Arts pada 1996, beliau bekerja sebagai animation artist.Pada tahun 2000, Kenny mula sertai Art Square Group sebagai artis komik. 4 tahun lepas, beliau ditukarkan ke bahagian editorial dan kini sebagai Chief Editor untuk 'Comic King', 'Star Talk' dan 'Little Monitor'. Beliau amat terlatih sebagai artis animasi namun beliau lebih berminat dalam lakaran komik. Garisan yang bersih serta rekaan watak yang tidak mudah merupakan merupakan gaya komiknya. Kenny boleh dihubungi di alamat email: kenny@gempakstarz.com



Ulasan aku_NAPIE: Aku mula mengenali karya Kenny dalam Majalah Komik Gempak pada tahun 2002, time 2 karya beliau dh mula diminati terutama komik Jinggo yang mempunyai kekuatan tersendiri dari segi jalan cerita dan komik yang menarik. Saat yang paling sedih apabila karekter Jinggo terpaksa dimatikan dan aku yakin ramai peminat siri ni mengharapkan sambungan daripada episod akhir komik tersebut. Sepanjang mengikuti karya Kenny, dapat rasakan peningkatan yang jelas selain hasil karya yang bermutu dapat dilahirkan. Jadi tak hairan jika karya Beliau pernah memenangi beberapa anugerah dalam dan luar negara.

1 ulasan:

kEy berkata...

yeah!
k0miZ ruleS!!~

Komik Keluang Man Kembali