12 Disember 2009

Penerbit Buku Pilihan 2010

Telaga Biru Sdn. Bhd
Merupakan penerbit buku-buku ilmiah dan lebih ke arah keagamaan. Selain itu, terdapat juga buku motivasi dan sesuai untuk semua golongan masyarakat tidak mengira umur dan peringkat. Buah tangan terbaru ialah Majalah Solusi iaitu alternatif kepada majalah berbentuk keagamaan yang terdapat dipasaran. Untuk senarai produk daripada penerbit ini boleh didapati di: www.telagabiru.net.my , www.telagabiru-tbsb.blogspot.com.

Gempakstarz
Dikenali dengan penerbitan komik dalam dan luar negara, kebanyakkan berbahasa melayu juga mandarin dan english. Antara produk yang popular seperti Majalah Gempak, Majalah Utopia, Comic King dan Popcorn. Selain itu, Gempakstarz turut mengeluarkan produk sampingan komik seperti t shirt, bag, dan macam-macam lagi. Majoriti peminat ialah golongan remaja dan kanak-kanak namun terdapat juga golongan berkerjaya menjadikan produk Gempakstarz sebagai barangan untuk dijadikan koleksi dan hobi. Boleh lawati laman web diorang di www.gempakstarz.com

PTS Publication
Penerbit buku melayu terunggul- slogan syarikat ini yang memberi gambaran jelas mengenai perjuangan yang dilakukan oleh syarikat ini dan produk berkaitan. Kebanyakkan penulis dan pelukis baru diberi peluang untuk menyerlahkan bakat yang ada. Fokus diberi terhadap penerbitan yang bermutu dan berkualiti.
Pada hari ini, kumpulan PTS menerbitkan sebanyak 300 tajuk setiap tahun dalam kategori buku kanak-kanak, remaja, novel dewasa, bisnes & pengurusan, pendidikan, agama, popular, pembangunan diri, motivasi dan komik. Buku-buku ini terdiri dari tulisan pengarang tempatan dan juga terjemahan dari pengarang antarabangsa.Rangkaian edaran PTS merangkumi kedai-kedai buku korporat, dan juga kedai buku tempatan yang berjumlah lebih dari 300 buah diseluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Hubungi di http://pts.com.my

1 Komen Korang:

Tanpa Nama berkata...

Sorry nk tnya skit, tau tak website Arah Publications?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

blogr.my