11 Julai 2009

Komuniti Barangan Indie- SEMPOI DESIGN

Blog ni khusus untuk mempromosi dan memperkenalkan barangan bebas seperti tee, kasut, dan macam-macam lagi khas untuk generasi muda pada masa kini. Blog ini juga menghimpunkan karyawan yang berbakat untuk menjana pendapatan yang lumayan didalam perniagaan. Harap korang dapat support dan memberi sokongan padu kepada blog ni dan juga label indie yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut : http://sempoi-design.blogspot.com

09 Julai 2009

DASEIN ACADEMY OF ART present....

CREATIVE CHALLENGE 2009 ASSEMBLING 1 MALAYSIA

DRAW US YOUR VISION OF 1 MALAYSIA.
SHOW US HOW IT COULD BE BROUGHT TOGETHER


ART & DESIGN
THEME: ASSEMBLING 1 MALAYSIA
MEDIA: free (examples: water color, poster color, pencil sketch, etc.) on
A3 size art paper (297 x 420mm)

SEND YOUR ENTRIES NOT LATER THAN 3 AUGUST 2009.
WITH SEPARATE REGISTRATION FORMS
(photocopy registration form is allowed)

*Download registration form HERE
More info at http://dasein.edu.my

08 Julai 2009

Kenangan Lalu 2


Time cuti aritu aku sibuk dengan praktikal di kedai grafik. Memang xda masa untuk meneruskan aktiviti faveret aku seperti membaca komik dan menconteng buku. Dalam seminggu sebelum daftar semester baru, aku terpandang pada trofi yang dimenangi pada tahun 2005. Dah berhabuk rupanya, lama juga xbersihkan dan lap bagi menyerlah. Masa yang ada digunakan untuk mengelap trofi kemenangan dulu agar nampak lebih cantik.

Games.Anime.Comic.Circle (GACC) 2009


Games Anime Comic Circle 2009 ( GACC2009 ) merupakan sebuah acara penuh dengan pelbagai kemeriahan pada setiap tahun. Event ini dianjurkan olh The GACC Committe of EMiNA Japanese Animation Club yang berpengkalan di Universiti Multimedia Melaka. Acara ni akan berlangsung pada 15 & 16 Ogos 2009 dengan pelbagai acara berkaitan games, anime, dan komik akan disediakan untuk peminat sejati. Terdapat juga acara cosplay yang menjadi acara wajib setiap kali GACC ni diadakan. Untuk maklumat lanjut tekan SINI . Support kawan2 ok.Peace!!

Gary Baseman Pencetus Teacher's Pet


Gary Baseman adalah seorang artist komik, illustrator dan pelukis professional yang tinggal dan bekerja di Los Angeles. Dia pernah bekerja sebagai fine artist, commercial artist, editorial dan juga editor tv dan filem animasi. Dia juga merupakan pencipta dan penerbit eksekutif animasi bersiri terkenal iaitu Teacher`s Pet, dimana telah memenangi Emmy Award untuk Animasi Harian Terbaik selama tiga kali berturut-turut.Animasi Teacher’s Pet telah dijadikan filem pada tahun 2004 oleh Walt Disney Pictures. Lagi info pasal Gary Baseman .

05 Julai 2009

Singapore Toy, Games and Comic Convention


Singapore Toy, Games and Comic Convention (STGCC) kini kembali mengegarkan para peminatnya yang tersendiri setelah kejayaan penganjurannya pada tahun lepas. Convention yang mendapat penyertaan daripada label terkenal dalam bidang masing-masing. Juga penampilan istimewa oleh Tan Eng Huat (Malaysia) iaitu Pemenang Anugerah Penciller dan Inker komik, Brian Bolland (GBR) merupakan Penciller,Inker dan Penulis Komik, Joe Ledbetter (USA) yang terer dalam design watak dan mainan dan paling di nanti-nantikan ialah Gary Baseman yang merupakan penerbit, pengarah, artis seni dan illustrator hebat. Convention ni akan berlaku pada 14 hingga 16 Ogos 2009 di Suntec Convention & Exhibition Centre, Singapore. Untuk maklumat lanjut boleh lawati www.singaporetgcc.com


He Run To She

Seorang lelaki akan tinggalkan kawan yang menjadi teman biarpun telah kenal 10 tahun lebih apabila bertemu perempuan yang barui dikenali dalam masa seminggu. Betulkah? Maybe lelaki tu berasa dah tiba masa untuk bercinta dan berpasangan macam orang lain yang normal. Tapi mana yang lebih penting, kawan atau kekasih? Lelaki itu berpendapat keduanya adalah penting dalam hidup ni, dengan awek untuk berkongsi rasa kasih sayang dan masalah manakala dengan kawan pulak untuk berkongsi pengalaman dan melakukan aktiviti bersama bila masa lapang. Adakah korang setuju dengan lelaki tu?

Oleh : HaSh

Menolong dan Ditolong

Kita dikurniakan sifat belas kasihan dan tidak ramai yang peduli akan sifat itu dalam diri diorang. Orang yang mempunyai sifat mulia macam tu susah nak jumpa sekarang ni. Korang pernah menolong orang yang berada dalam kesusahan kan? Tak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau pujian, Cuma agar orang yang ditolong itu berasa gembira dengan pertolongan korang.

Tiba la pada suatu masa, kita pula menghadapi kesusahan dan tidak mempunyai tempat untuk meminta pertolongan. Lalu teringatkan orang yang kita tolong dulu, bukan untuk meminta dia membalas budi tetapi dia orang terakhir kita meminta pertolongan. Dengan harapan orang tu akan membantu kita tetapi malangnya tidak diendahkan langsung malah dikatakan mengungkit dengan pertolongan terdahulu. Adakah kita menyesal dengan pertolongan dulu?? Manusia mempunyai pelbagai karenah, terimalah hakikat ini.

Oleh : HaSh

Komik Keluang Man Kembali