25 Julai 2009

Kamen Rider Blog



Tengok jer karekter kat atas ni pasti korang teringat kembali dulu- dulu menonton siri Masked Rider Black rx time tu. Masked Rider Black antara siri yang popular menjadi kegemaran kanak-kanak 20 tahun dulu di Malaysia. Sekarang siri dah masuk yang keberapa ntah. Masked Rider banyak memberi pengaruh dan inspirasi kepada aku untuk berkarya yang menjadikannya rujukan kerana karekter yang tersendiri. Mana boleh lupa dengan rider kick yang mampu memusnahkan lawan. Untuk korang yang berminat mengimbau kenangan dulu atau mengetahui lebih lanjut boleh layari blog Masked Rider di http://kamenridergallery.blogspot.com

23 Julai 2009

Brian Bolland Sebarkan British Invasion dalam Komik

Brian Bolland (lahir 1951) adalah seorang pelukis komik dari British dikenali kerana hasil kerja yang detail serta penggunaan eye-catching compositions yang memberi kesan dalam karyanya. Dikenali di UK sebagai slah seorang artist comic untuk Judge Dredd dan antilogi komik 2000 AD. Dia menyebarkan the 'British Invasion' dalam industri komik Amerika, dan pada tahun 1982 menghasilkan Camelot 3000 (bersama penulis Mike W. Barr), yangmerupakan komik 12 isu pertama dihasilkan untuk pasaran umum oleh DC Comic. Artwork yang dikenali ialah penghasilan cover Batman: The Killing Joke, bersama penulis terkenal Alan Moore. Maklumat lagi di http://www.brianbolland.net/

Komik Keluang Man Kembali