01 September 2009

Wani Ardy - Senikatawati Jiwa Akustik

.
Seorang lagi nama yang dikenali dalam arena indie tanah air membawakan konsep akustik dengan hasil tulisan   lagu yang menarik dan membawa makna yang mendalam. Selalunya lagu yang dihasilkan mempunyai kaitan dengan kehidupan sekeliling. Beliau turut menyumbangkan lagu untuk kumpulan Boneca seperti Cela dan Tunjukkan Aku. Tampil dengan koleksi lagu terbaik dalam album Senikatawati mengandungi lagu hits seperti Orang Kecil, Broken, Teori Lucu dan banyak lagi. Kepada korang yang nak mengenali beliau dengan lebih detail boleh klik kat http://waniardy.com/http://www.myspace.com/waniardyhttp://twitter.com/WaniArdy
Download lagu di SINI

31 Ogos 2009

Boring Gurl

 
Boring2 buat lukisan kejap...

Gedung Kartun - Alternatif Jenaka Rakyat Malaysia

Gedung Kartun merupakan sebuah hasil seni terbaru untuk memeriahkan industri kartun di Malaysia yang digerakkan oelh sekumpulan kartunis kecil yang berpadu tenaga untuk melahirkan produksi- produksi berasaskan lukisan kartun sekaligus memperbanyakkan khazanah seni lukisan kartun di Malaysia. Berbeza sedikit dengan yang lain, disamping mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan, Gedung Kartun juga mengutamakan kualiti, yakni setiap kartunis dalam kumpulan ini mestilah membawa mesej kepada masyarakat sebagai keutamaan disamping teknik melukis. Dipelopori oleh kartunis berpengalaman, Zunar diikuti kartunis muda Jonos dan Ronasina serta teman-teman seperti Azzam Supardi, Nazar, Israq, Maisuri dan lain-lain  sebagai permulaan.
Berikutan permintaan yang tinggi & stok terhad, anda boleh memesan Gedung Kartun melalui email gedungkartun@gmail.com. Sebuah (Harga termasuk pos RM5). Langganan untuk 12 isu (RM40) dan 24 isu (RM80) secara online boleh dibuat melalui link ini http://bit.ly/gedungkartun.

Komik Keluang Man Kembali