aku_NAPIE: nama penuh dan asal mna?
Bophairy: mohd hairy baharum aku asal kLaku_NAPIE: sejak bila minat melukis dan kartunis idola?
Bophairy:kalau nak ikut minat sejak aku 5 tahun dah melukis dah..tapi kalau yang seriusnya sejak tahun 2002. kartunis idola kalau tempatan aku mengidolakan Baba Chuah, lat, Aie kalau antarabangsa plak aku suka Takehiko inoue,akira toriyama, huberto ramos, skottie, frank miller young ni hanya antaranya sebenarnya banyak lagi yg aku minat..
aku_NAPIE: start melukis untuk majalah mna? dan skang dgn majalah mna?
Bophairy: aku mula mula melukis dulu dekat majalah TOIN-TOIN sebagai freelance la dan sekarang aku lebih tumpukan komik solo aku 'Ultra Qalif' terbitan pts/komik M..disamping tu aku juga ada menyumbang untuk tabloid I LUV ISLAM dan majalah UMBRA.
aku_NAPIE: karya terbaik setakat ni..dan impian dlm kerjaya ni?
Bophairy:setakat ni karya yang paling aku puashati ialah komik Ultra Qalif aku la. impian aku ngan karya ni ialah aku nak watak ni menjadi sangat diminati oleh budak2 kalau boleh biar impaknya seperti BEN 10. sebab aku bercita cita untuk mencipta satu supehero yang cool dan dalam masa yang sama dia mempunyai perwatakan yang sangat baik dan taat pada perintah Allah SWT.so bila kanak2 dah minat sangat dgn watak ini insya Allah sedikit sebanyak perangai Ultra Qalif ini menjadi contoh pada mereka.. Insya Allah..doa kan aku ye. tapi komik ni juga sesuai untuk golongan dewasa juga ianya bukanlah komik untuk kanak2 semata.
Bophairy:sifu tu takde la cuma aku banyak bertanya dengan orang2 yang lebih senior dari aku la
aku_NAPIE:Pendapat mengenai kerjaya kartunis sepenuh/separuh masa.
Bophairy:kalau untuk separuh masa aku rasa takde apa2 masaalah kot. baguslah untuk mencari side income tapi kalau untuk sepenuh masa tu agak mencabar sikit. kena kerja kuat sikit la untuk terus survive menjadi komik artis sepenuh masa ni. kena ambil juga job2 lain seperti melukis ilustrasi untuk novel dan sebagainya.
aku_NAPIE: Suasana komik tanahair tahun 90-an dan sekarang?
Bophairy:pada tahun 90an industri komik lebih meriah dengan komik2 bergenre humor seperti ujang apo.di pertengahan 90an gempak mencelah dan membuka satu lagi perspektif lain untuk komik kepada remaja malaysia dan sekarang ni pulak aku rasa industri komik berkembang dgn positif dengan banyaknya peluang2 untuk berkarya dan penerimaan pembaca juga semakin mengalakkan.Alhamdulillah
aku_NAPIE: pesanan utk sape yg nk jd kartunis
Bophairy: menjadi kartunis/komik artis ni bukan kerja mudah. ianya kerja yang menuntut kerja keras dan kreativiti yang tinggi jadi kalau rasa nak main main lukis komik ni baik lupakan saja..komik ni ramai orang akan baca termasuk kanak2 jadi kita kena lebih bertanggungjawab dalam berkarya.
aku_NAPIE: cmner peminat nak kontek bro?
Bophairy:boleh emel aku kat katana_3120@yahoo.com atau ke blog aku monyetangkasa.blogspot.com. fb pun boleh taip saja nama bophairy. thanks NAPIE atas kesudian kau menginterview aku. u rock!
1 ulasan:
Bop adalah pelukis yang comel, sama seperti kartunnya.
Catat Ulasan