19 November 2010

Interview Cambest Dengan Kartunis Cendol (APO?)

Setelah beberapa bulan tidak menyiarkan temubual dengan kartunis pujaan korang, akhirnya ada gak respon daripada kartunis Cendol untuk menjawab soalan-soalan temubual aku ni. Kartunis Cendol merupakan salah seorang kartunis berbakat yang melukis untuk Majalah Apo? keluaran MOY. Tredemark kartunnya yang diingati sudah tentu terletak pada gigi karekternya. Jom layan temubual dengan beliau.
aku_NAPIE: nama penuh dan asal mana?
Cendol: nama gua shahrul nizam bin said setelah dibuat beberapa senarai nama yg hebat2..hahahahaha..asal negeri sembilan...nasib baik sempat lahir di malaysia kalau x i lahir kat new york..hahahaha
aku_NAPIE: kenapa pilih Cendol untuk nick name?
Cendol: actually masa gua nak antar atwork..sireh selaku pengarah apo? telah menyenaraikan beberapa nama komersil utk gua..so yg terbaik dia bg adalah cendol sebab 1 msia tau apa itu cendol dan ia manis sepertimana muka gua ni..hahahahahaha..
aku_NAPIE: sejak bila minat melukis dan kartunis idola?
Cendol: minat ni dari sekolah rendah...pernah memasuki beberapa pertandingan melukis wakil sekolah..so sampai la jadik kerjaya...idola gua kalau msia..biasa la dato lat, aie, aedes, oren..hehehehe..kalau luar negara seperti travis charest, mignola, leinil yu..gua bnyak ikut style dia la..
aku_NAPIE: start melukis untuk majalah mana? dan skang dgn majalah mna?
Cendol: mmg dari dulu dan kini di Majalah APO?
aku_NAPIE:
karya terbaik setakat ni..dan impian dlm kerjaya ni?
Cendol: karya terbaik pernah gua buat Budak U, Dari Studio Apo?, dan yg terbaru Street 47...impian plak gua nak suma org x kira peringkat umur mengenali gua dan karya gua...dan memartabatkan majalah kartun msia ke peringkat dunia..
aku_NAPIE: bro ada sape2 yang jd sifu ke dalam berkarya?
Cendol
: sumanya gua belajar sendiri..tetapi ada gak gua mintak pandangan kawan2..suma beri kerjasama yg baik la...kadang2 pun cam shilabat gak pangai diorg ni...rasa nak kunyah tayar sotong..
aku_NAPIE: Inspirasi dalam berkarya? Bro minat band H.I.M kan?
Cendol: inspira dah kluar kan..? brape harga dia on the road hah? eh cam salah jawab je ni? inspira ke inspirasi? kalu inspirasi tu..tgok artwork luar yg besh2 tu kot..gua jadik semangat nak berkarya.. HIM?? i luv HIM very much dude..kalau dia buat konsert kat sini...gua sanggup beli tiket yg ville valo dukung gua...berapa harga dia agak2? lu pikir la kan? hahahaha
aku_NAPIE:Pendapat mengenai kerjaya kartunis sepenuh/separuh masa.
Cendol: kartunis sepenuh masa ni...org kata ada kelebihan dia la..cam sokso,kwsp, ada gaji bulanan, senang bebincang, gelak2, buang2 masa, tido2, tgok wayang ramai2, usha awek tgh makan, hahahaha..
kalau freelance ni...diorg cuma antar artwork je la...so agak susah utk berjumpa...n kelebihan cam sokso kwsp gji bulanan suma xde la..cuma claim artwork je la..
aku_NAPIE: Suasana kartun tanahair tahun 90-an dan sekarang?
Cendol: berbeza....kerana teknologi mengatasi segala2nya...dulu artwork mmg ori dan 100% manual...skang klik2 mause je dah jadik kartun...so keaslian karya tu dibunuh dgn teknologi..tp skang ada lagi yg masih mengekalkan keaslian karya solute for them la..
aku_NAPIE: Majalah Apo? skang dah gabung komik dan kartun, pandangan mengenai situasi ini.
Cendol: mmg dari dulu lagi konsep apo? komik dan kartun...ini kerana di malaysia 100% komik masih lagi sukar utk diterima..hanya segelintir saja yg terima..so utk bg tarik pembaca kita buat la konsep ni...so ok la skang ni pembaca bleh nmpak apa yg kita nak smpaikan...
aku_NAPIE: Pesanan utk sape yg nk jd kartunis
Cendol: haa ni gua nak pesan kepada sesiapa yg ingin menjadik kartunis..kita mmg boleh melukis..tetapi idea dan cerita amat penting dlm berkarya..kita x mau karya kita tu jadik syok sendiri...dan yg penting sekali attitude...jaga attitude..jgn berlagak...sombong ngn org..terima kritikan..kerana kita belum lagi bagus...hehehe ( sambil cucuk duit guna kaki ) 
aku_NAPIE: cmner peminat nak kontek bro?ada blog atau emel.
Cendol: fb gua: cendol kartunis, blog: http://cendolzone.blogspot.com, email: chendlya@yahoo.com so sape2 yg nak kritik or kongsi pendapat, kongsi gelap or kongsi duit ke..leh la contact gua kat situ...
aku_NAPIE
: Thanks sudi di temubual untuk blog AKU SEMPOI
Cendol: yaaa thanx dude...anytime,!!! jgn sebarkan kelaman web lucah ye..

16 November 2010

Pertandingan Cipta Baju Street Tee Tropicana Life

Tropicana Life kini menganjurkan Pertandingan Cipta Baju Street Tee Tropicana Life khas untuk korang tunjuk bakat sebagai pereka tee yang hebat. Hadiah yamg ditawarkan agak lumayan iaitu hadiah utama sebanyak RM500 + beserta barangan Tropicana Life. Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan borang penyertaan di majalah GEMPAK dan COMIC KING. Pastikan setiap rekaan mempunyai logo Tropicana Life yang kat atas tu. Enjoy dan good luck. Tarikh tutup 31 Disember 2010.

(DOUBLE KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)

Maklumat dan perkembangan terkini di FAN PAGE TROPICAN LIFE

Peraduan Teka Judul Buku PTS

(klik gambar untuk lebih jelas)
Penerbit buku PTS sekali lagi menganjurkan peraduan yang menarik kesinambungan peraduan yang telah dianjurkan pada tahun lepas. Tapi penyertaan kali ini lebih besar dimana korang hanya perlu menghantar jawapan melalui sms saja. Syarat utama korang kena beli produk keluaran RM30 keatas untuk berpeluang menyertainya. Antara hadiah mingguan yang ditawarkan seperti Nintendo Wii, Sony PS2, I Phone dan macam-macam lagi. Cara penyertaan seperti berikut:

(klik gambar untuk lebih jelas)
Tunggu apa lagi. Info dah dapat. Bertindak jer untuk join, mana tahu ada rezeki kan.Untuk keterangan lanjut lagi ke laman web: http://www.pts.com.my/peraduan/

Komik Keluang Man Kembali