06 Februari 2011

Komik Keluang Man Kembali - Meh Sokong


Komik Keluang Man kembali lagi. Komik ini akan dikeluarkan secara bulanan mulai bulan Februari 2011. Bagi yang merindui kelibat Keluang Man boleh dapatkan sekarang. Harga sekitarRM5.00 untuk Semenanjung dan RM6.00 untuk Sabah/Sarawak. Komik Keluang Man dikeluarkan oleh Homework Studio. Banyak pelukis yang menyumbangkan karya mereka untuk komik ini seperti Azhar Saad, The Silencer, Aki Monster dan Vico Majidee serta pelukis - pelukis Keluang Man terdahulu.. Untuk keluarkan sulung ini ianya menampilkan kompilasi komik - komik Keluang Man terdahulu yang telah beri nafas baru beserta karya - karya pelukis terkini. Jadi kepada peminat tegar komik Malaysia jangan lupa dapatkan komik ini dipasaran. Ayuh hidupkan kembali lagenda yang pernah menghiburkan kita suatu ketika dahulu. Peace!!

0 Komen Korang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

blogr.my