09 Februari 2011

TV Hijrah - Medium Baru Penyiaran Malaysia

TV AlHijrah stesen televisyen siaran percuma (FTA) terbaru yang berkonsepkan Islam telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di dalam majlis yang penuh gilang gemilang serta diiringi dengan laungan merdu selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W dan limpahan cahaya warna warni seumpama sambutan Maal Hijrah. TV AlHijrah kini bersiaran melalui 6 pemancar termasuk di Lembah Klang, Terengganu, Johor Tenggara, Sabah dan Sarawak serta terbaru dari Bukit Pelindung, Pahang. Siaran ini telah mencakupi 60% daripada penonton televisyen di negara ini. TV AlHijrah mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada waktu yang sama menarik minat golongan sasarnya. Walaupun baru mula bersiaran, 60% daripada kandungannya adalah terbitan tempatan manakala 40% adalah kandungan asing. 30% daripada keseluruhan kandungan diterbitan sendiri oleh TV AlHijrah.

Buat masa sekarang, hanya beberapa tempat yang dapat siarannya:
Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah:
Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Kuantan CH 22 479.25
Mersing, Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

0 Komen Korang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

blogr.my