03 Mei 2011

Fantasi PIP - Karya Terbaru Kartunis Suraya


Kartunis Suraya yang popular dengan komik di Majalah G3 kini muncul dengan novel pertam nukilan beliau. Novel ini mengisahkan Johanna merupakan seorang budak perempuan yang ‘girly? dan sangat sukakan pari-pari sejak kecil. Namun setelah dia membesar, Johanna menjadi seorang tomboi serta mempunyai masalah pembelajaran di sekolah. Sehinggalah dia terlihat iklan patung pari-pari, sebuah alat bantu belajar di kaca televisyen. Harapan ibu dan Johanna untuk mengatasi masalah di sekolah menjadi angan-angan dengan kedatangan patung pari-pari yang rosak bernama Pip! Pip bercakap, makan, minum dan berfungsi seperti manusia! Bagaimanakah kehidupan Johanna dengan kedatangan Pip? Ikuti kisah mereka dalam Fantasi Pip, Kisah Si Patung Pari-pari.

Dapatkan segera di kedai buku berhampiran anda. Buku ini mempunyai 80 halaman dan cuma berharga RM10 sahaja. Tunggu apa lagi, dapatkannya sebelum sold out. Sokong komik dan produk tempatan.

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali