24 Jun 2011

Karikatur Dan Kartun Editorial


Karikatur adalah lukisan wajah seseorang dalam berbentuk kartun dengan cara melebih-lebihkan ciri khas wajah tersebut. Karikatur selalu digambarkan untuk menimbulkan kelucuan, walaupun kadang kala agak sinis. Karikatur dapat juga digunakan untuk menonjolkan watak orang yang digambarkannya. Golongan yang sering menjadi objek karikatur adalah orang-orang terkenal seperti tokoh politik dan artis. Contoh seperti dia atas ialah karikatur ahli politik, Lim Guan Eng.


-klik gambar untuk lebih jelas-

Kartun editorial adalah kartun yang menyentuh hal ehwal semasa, politik dan isu sosial. Ia sering diletakkan bersebelahan ruangan berita atau lidah pengarang dan selalunya apa yang dilakarkan oleh kartunis editorial itu berkaitan dengan topik yang dikupaskan oleh ketua editor akhbar. Contoh diatas ialah kartun editorial oleh Ahm Ahmad.

Sumber: FREEWEBCOMIC

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali