16 April 2011

Disney Dream Potraits Oleh Annie Leibovitz



Annie Leibovitz merupakan fotografer untuk selebriti di Hollywood yang berasal dari Waterbury, Connecticut. Beliau memulakan kerjaya bersama majalah Rolling Stone sebagai staf fotografer. Selepas itu, Annie memulakan jelajah bersama The Rolling Stone sebagai fotografer untuk band. Tahun 2008, Annie memulakan siri untuk Disney iaitu Dream Portraits, menampilkan selebriti sebagai pelakon kareter dalam Disney. Meh layan fotografi hebat yang telah diedit kemas ini. Komen entri ini ok :)








15 April 2011

Download Percuma Photoshop Brush High Quality


 Korang buntu mencari sumber untuk download brush photoshop dan bosan membuat sendiri brush tersebut? Jadi apa kata korang ke laman web ni, memang koleksi brush yang ada amat sesuai untuk korang kerana ianya berkualiti tinggi dan tidak pecah bila dibesarkan. Terdapat beberapa brush yang menarik dan baru di laman web ini. Korang boleh download dengan senang hati jer sebab ianya percuma. Tunggu apa lagi, klik laman web: http://qbrushes.net/. Komen entri ini jika memberi maklumat dan membantu korang cikit-cikit ok :)

14 April 2011

KRU lancarkan KRU TV - Cambest Nie

Sekalung tahniah ditujukan kepada salah salah satu syarikat tersohor dalam industri hiburan iaitu  KRU di atas pelancaran KRU TV. Saluran KRU TV sudah pun boleh ditonton di Portal Tonton mulai sekarang. Anda boleh menonton filem-filem popular seperti Cicakman, Magika serta drama bersiri dalam format Webisode. Jadi tunggu apa lagi, sila la beri sokongan kepada usaha KRU ini. Meh layan video semasa pelancarannya baru-baru ini. Komen entri ini jika korang rasa best!!



13 April 2011

Layan Komik Online Wuuhuu



Netxpert Sdn. Bhd. membangunkan portal penerbitan alam maya, wuuhuu.online.com dalam memberi alternatif bacaan kepada pengguna sekali gus membantu bersama-sama memulihara alam.Sebagai permulaan, portal berkenaan telah menerbitkan empat edisi wuuhuu E-comic yang mengenengahkan konsep humor kepada pembaca melalui medium digital.
“Kita menerbitkan wuuhuu E-comic sebanyak dua kali sebulan dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pembaca. Menariknya tentang wuuhuu E-comic, ia menggunakan teknologi flip book yang dapat memberikan pengalaman seolah-olah pembaca membaca komik di depan mereka.“Teknologi yang diguna pakai juga membenarkan pengguna memuat turun komik berkenaan dengan mudah dan cepat. Mereka yang terlepas edisi sebelum ini turut boleh memuat turun edisi terdahulu tidak seperti komik konvensional,” katanya.Sementara itu, Penyunting wuuhuu E-comic, Mazlan Abdullah, menambah, E-comic telah dibaca dan dimuat turun di 33 buah negara seluruh dunia.“Kebanyakan pembaca ini merupakan rakyat di Malaysia dan yang berada di perantauan yang inginkan kelainan dalam pembacaan digital mereka.“Kita berharap lebih banyak pembaca akan memilih pembacaan digital kerana ia dapat membantu memulihara alam sekitar,” katanya.Kartunis wuuhuu E-comic, Rudy Hazrin Abdullah, 26, berkata, dia sangat teruja apabila menjadi kartunis komik digital kerana ia merupakan satu pengalaman baru dan dapat memupuk minat membaca pembaca digital.
sumber: KOSMO

12 April 2011

Cara Mudah Dapat Follower Twitter


Korang ada twitter tapi follower masih bawah 100? Ini cara mudah untuk dapat follower twitter, facebook fan dan youtube viewer. Dengan laman web http://twiends.com korang akan dapat follower dengan pantas dan senang tanpa perlu klik di twitter diorang. Caranya korang perlu daftar dan isi maklumat yang dikehendaki, selepas itu dah boleh gunakan untuk menambah follower tak kira dari  Malaysia atau luar negara. Aku pun baru jer try laman web ni, hasilnya 100 follower dalam sehari. Ok la kan, dapat gak membantu klik iklan-iklan dari churpchurp dan says.my. Selamat mencuba kawan-kawan.

10 Contoh Best Underwater Photography


Underwater photography (fotografi bawah paras air) adalah salah satu lagi bidang dalam fotografi dimana foto-foto diambil semasa melakukan  skuba atau berenang di kolam biasa. Banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi semasa melakukannya melainkan korang dah betul professional. Halangan dan rintangan ini kadang kala membantu kita mengambil foto-foto yang menarik. Ini 10 contoh underwater photography untuk inspirasi anda. Komen entri ini jika membantu anda. Thanks.










10 April 2011

10 Contoh Foto Selective Color

Selective Coloring (Pilihan warna) adalah satu teknik yang korang gunakan dalam photoshop. Cuma gunakan selection tool dan biarkan mana-man bahagianmenjadi hitam putih atau berwarna sperti gambar di atas ini. Kebiasaannya gambar seperti ini dihasilkan bagi menarik minat orang untuk melihat foto-foto disamping menyampaikan maksud yang tersirat juga. Korang perlu menggunakan beberapa faktor yang dapat menghasilkan foto yangmempunyai emosi dan ekpresi. Pilihan warna ini kebanyakkan menggunakan warna cerah seperti merah, hijau dan biru berlawanan dengan warna hitam. Disini aku sertakan beberapa contoh foto yang menarik untuk dijadikan inspirasi. Sila komen entri ini jika ianya membantu. Thanks!!
 







 

Lagi Review AKU BUDAK SENI


Belum lagi reda dengan review di Majalah By U bulan ini, kini komuniti A.B.S (AKU BUDAK SENI) turut direview oleh seorang penggemar seni tanah air. Sekalung ucapan terima kasih kepada tuan punya blog kerana sudi membuat review yang panjang lebar berkaitan aktiviti A.B.S ini. Diharap korang juga dapat menyokong komuniti ini di Facebook dan website kitorang ok. Lagi review pasal A.B.S ini sila klik link ini>>
http://astarawistana-momoi.blogspot.com/2011/04/komuniti-akubudakseni.html
Website AKU BUDAK SENI: www.akubudakseni.tk
Facebook Group: search  Akubudakseni.

Pesta Buku Antarabangsa K.L 2011 - Jom Serbu

 

Akhirnya pesta buku yang paling ditunggu dalam kalendar peminat buku tanah air akhirnya kembali. Kini pesta buku antarabangsa K.L sudah memasuki penganjuran kali ke-30, sudah pasti penyertaan daripada penerbit semakin meningkat. Bagi korang yang sudah menabung untuk membeli buku dan komik kegemaran boleh la serbu PWTC mulai 22 April hingga 1 Mei 2011. Semoga penganjuran berjalan lancar dan korang dapat sokong industri penerbitan buku di Malaysia ini. Ini adalah beberapa promo daripada penerbit ternama di Malaysia. Layan entri ini dan komen ok :)


Komik Keluang Man Kembali