25 Jun 2011

10 Contoh Fotografi Bayang (Shadow Photography)


Bayang-bayang menambah aspek dan kepentingan kepada sesuatu imej. Ianya boleh menyerlahkan emosi, mewujudkan imej nyata, dan digunakan dalam pelbagai cara. Bayang-bayang mencipta gambar yang menarik pada subjek itu sendiri, dan ianya juga adalah cantik apabila dipasangkan dengan subjek matter utama lain. Perbezaan antara gambar dan bayangan yang membuat gambar yang menakjubkan.Disini aku telah memberi contoh 10 Fotografi Bayangan yang menggunakan bayang-bayang yang kuat dalam pelbagai cara.Harap korang mendapat sedikit info dan idea ok. Jangan lupa komen.










24 Jun 2011

Karikatur Dan Kartun Editorial


Karikatur adalah lukisan wajah seseorang dalam berbentuk kartun dengan cara melebih-lebihkan ciri khas wajah tersebut. Karikatur selalu digambarkan untuk menimbulkan kelucuan, walaupun kadang kala agak sinis. Karikatur dapat juga digunakan untuk menonjolkan watak orang yang digambarkannya. Golongan yang sering menjadi objek karikatur adalah orang-orang terkenal seperti tokoh politik dan artis. Contoh seperti dia atas ialah karikatur ahli politik, Lim Guan Eng.


-klik gambar untuk lebih jelas-

Kartun editorial adalah kartun yang menyentuh hal ehwal semasa, politik dan isu sosial. Ia sering diletakkan bersebelahan ruangan berita atau lidah pengarang dan selalunya apa yang dilakarkan oleh kartunis editorial itu berkaitan dengan topik yang dikupaskan oleh ketua editor akhbar. Contoh diatas ialah kartun editorial oleh Ahm Ahmad.

Sumber: FREEWEBCOMIC

23 Jun 2011

10 Contoh Poster Filem Inspirasi Lego


Jika dalm post sebelum ini aku ada memberi contoh filem dalam minimalis design, kali ini aku senaraikan rekaan poster filem terkenal 2011 dengan menggunakan konsep Lego. Lego adalah sejenis alat permainan bongkah plastik kecil yang terkenal di dunia khususnya bagi golongan kanak-kanak atau remaja tidak kira lelaki ataupun perempuan. Bongkah-bongkah ini serta kepingan lain boleh disusun menjadi apa-apa model. Kereta, kereta api, bangunan, kota, patung, kapal, kapal terbang, kapal angkasa serta robot, semuanya boleh dibuat.Alat permainan ini dikeluarkan oleh Kumpulan LEGO dari Denmark. Rekaan poster yang dihasilkan tetap menggunakan watak utama atau penting dalam filem tersebut. Korang pasti tertarik dan terpegun dengan hasil kerja ini. Jom layan :)










Rekaan Poster Filem Minimalis Oleh Patrik Svensson



Rekaan oleh pereka dan pengilustrasi hebat Sweden, Patrik Svensson ini memaparkan ciri-ciri minimalis dalam penghasilan poster bagi filem yang sedia diketahui amat terkenal seluruh dunia. Siri poster filem yang dihasilkan hanya menggunakan huruf atau simbol yang boleh menggambarkan isi keseluruhan sesuatu cerita dalam filem tersebut. Biarpun nampak mengelirukan, hasil karya ini mampu membuat kita terfikir tentang subject matter yang diketengahkan. Ini beberapa contoh hasil karya beliau. Layan jom :) 










21 Jun 2011

10 Contoh Fotografi Turutan (Sequence Photography)



Fotografi urutan adalah teknik mengambil gambar (shoot)  satu siri imej di mana subjek ini ditangkap dalam gerakan berturut-turut. Fotografi urutan adalah cara yang indah membawa usul dalam imej yang statik. Satu turutan foto yang akan digabungkan secara radikal boleh menunjukkan perspektif yang berbeza lebih daripada apa yang boleh ditangkap dalam satu imej.Apabila anda mencipta gambar urutan pastikan anda mendapatkan semua tindakan yang anda perlukan. Ini boleh dilakukan dengan memilih cara mengambil gambar untuk  menggerakkan.Pastikan anda mempunyai kamera yang dapat melakukan kelajuan shutter yang tinggi. Sebuah DSLR  yang boleh menembak 3-5fps boleh mendapatkan hasil yang hebat. Kemudian set kamera atas tripod yang kukuh supaya anjakan antara bingkai.Kemudian menentukan pendedahan dan pelbagai  dengan kuantiti bingkai anda akan diambil. Cara lain adalah dengan cepat mengambil gambar  satu siri rangka yang berasingan dan digabungkan kesemuanya kemudian dengan bantuan photoshop.Berikut adalah beberapa contoh yang benar-benar menakjubkan fotografi urutan. Komen post ini kika menarik dan like jer ok :)











20 Jun 2011

10 Contoh Poster Filem Kreatif Bahagian: 2


Poster filem merupakan permulaan atau pengenalan terhadap sesuatu filem yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam. Sejak beberapa tahun lalu, idea yang kreatif turut diterjemahkan dalam menghasilkan poster filem yang kreatif dan berkuaiti serta mampu diingati oleh para penonton. Jika diperhatikan di media sekarang, banyak contoh poster yang menarik. Ianya bergantung kepada tahap penilaian kita sendiri juga. Ini merupakan bahagian dua contoh poster filem yang menarik dan kreatif. Layan. :)










Komik Keluang Man Kembali