01 Julai 2011

Wuuhuu E- Komik Dah Isu Ke-10


Issue no. 10…… Waaahhh sudah isu nombor 10 !!! MAUS masih berkongsi pengalamannya melukis kartun. Reka Dialog ( RD ) kali ini dengan pengumuman 3 orang pemenang dari isu 8 !! WUUHUU JOKE masih muncul dengan lawaknya! Martial Art Online, Love Hurt, ABAN dan Drama Malam Jahanam oleh Maderbot mengisi masa santai korang sume…Hatdis dengan Butekah Cinta serta Ajih Kopetnya yang berada di alam air... Korang boleh terus senyum, menatap karenah binatang dan serangga dalam RIMBA & INSECT Planet !!!! Nak baca tak? PERCUMA jer..Klik jer SINI.

29 Jun 2011

10 Contoh Rekaan Kod Bar Unik

Sebuah kod bar adalah sebuah perwakilan maklumat (selalunya ink gelap atau latar belakang cerah untuk menghasilkan pantulan yang akan ditukarkan kepada 1 dan 0) yang boleh dibaca mesin. Asalnya, kod bar menyimpan data melalui lebar dan ruang pada garis-garis selari tercetak, namun pada masa kini ia turut datang di dalam corak bebintik, bulatan-bulatan sepusat, dan kod teks yang tersembunyi di dalam gambar. Kod bar boleh dibaca oleh pengimbas optik yang dipanggil pembaca kod bar atau diimbas daripada gambar oleh perisian khas. Kod bar digunakan secara meluas untuk melaksanakan sistem Auto ID Data Capture (AIDC) yang meningkatkan kepantasan serta ketepatan kemasukan data komputer. Info ini daripada Wikipedia.
Dalam bidang rekaan kreatif ada saja rekaan yang unik akan dihasilkan, tak ketinggalan dalam penghasilan kod bar yang menarik. Ini merupakan koleksi 10 contoh kod bar yang menarik perhatian untuk idea dan inspirasi korang dalam berkarya. Komen post ini jika rasa best sangat :)










28 Jun 2011

FeMag-Majalah Online Pertama Untuk Wanita


 Khas buat komuniti online wanita, FeMag adalah hadiah buat anda. dari komuniti majalah online popular, Wuuhuu Online. FeMag membawakan konsep Sweet, Sassy & Savvy dalam pemilihan bahan-bahan untuk majalah online PERCUMA ini. Jika anda peminat drama tv Nora Elena, pemilihan Siti Saleha di rasakan adalah pilihan yang paling tepat untuk Isu Pertama majalah ini. Harapan kami agar anda semua terhibur dan jangan lupa nantikan Isu ke-2 FeMag pada bulan hadapan.Bersama menyokong industri majalah online tempatan yang sememangnya percuma :)

Layari laman web: http://www.wuuhuuonline.com/

Cara Mudah Tingkat Trafik Blog II


Korang pernah join mana-mana laman ping kan, tapi hasilnya masih belum memberangsangkan. Ini mungkin disebabkan bahasa yang digunakan dimana laman tersebut berbahasa inggeris tetapi blog korang berbahasa Melayu. Atas kesedaran pertukaran trafik yang adil, maka lahirlah laman ping dari Malaysia iaitu www.ping.busuk.org. Korang hanya perlu login menggunakan facebook dan submit post terbaru korang. Senang bukan? Jadi selamat mencuba ok :)


Alternatif lain korang boleh gunakan laman seperti www.apesal.com dimana fungsinya lebih kurang sama dengan www.ohbelog.com yang dibincangkan dalam post sebelum ini. Sila klik SINI. Web ini aku join untuk laman blog aku yang kedua iaitu OHNAPIE. Biarpun baru beberapa post yang disubmit namun hasilnya amat menggalakkan. Paparan dibawah ialah trafik yang datang ke blog tersebut dan refer dari laman ping.busuk.org dan www.apesal.com ini. Selamat mencuba dan komen post ini jika ianya membantu korang :)


27 Jun 2011

Cara Mudah Tingkat Trafik Blog


Ramai follower belum tentu mengambarkan trafik yang tinggi ke blog korang pada setiap orang. Ini kerana follower yang ada bukan semua rajin untuk blogwalking ke blog lain. Jadi pada post kali ini aku ingin berkongsi salah satu laman web yang menawarkan trafik yang tinggi berdasarkan post korang yang menarik perhatian. Apa kata korang mencuba www.ohbelog.com . Laman web ini menawarkan beberapa fungsi yang adil diantara semua blogger yang menyertainya dimana korang perlu meletak widget diorang dan mereka akan paparkan post korang di laman ini.

Ini merupakan stat blog AKU SEMPOI setelah beberapa menyertai ohbelog.com ini. Ternyata trafik yang datang ke blog ini agak tinggi berbanding biasa dimana peningkatan sebanyak 620% berbanding biasa. Aku pasti korang pun teringin nak join dan dapat membantu trafik ke blog disamping klik-klik iklan di laman blog korang tu.
Ini pula e-referrer daripada laman web ohbelog yang banyak membantu menaikkan traffik ke blog AKU SEMPOI. Korang tunggu apa lagi, ayuh mencuba di laman web ohbelog.com ni. Sila tinggalkan komen jika post ini membantu dan memberi idea kepada korang :)

10 Contoh Fotografi Siluet (Silhouette Photography)



Dalam fotografi, siluet ditakrifkan sebagai garis yang muncul gelap terhadap latar belakang terang. Lebih khusus lagi, ia adalah di mana subjek ini dilihat sebagai bentuk hitam tanpa terperinci terhadap latar belakang yang lebih cerah.
Siluet adalah dicapai dengan mengambil gambar kepada cahaya - sebaik-baiknya dengan subjek ini secara langsung di hadapan cahaya. Beberapa gambar siluet terbaik diambil pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam, apabila matahari hanya di kaki langit - yang ketika apabila matahari menyebabkan langit berada di terang, memberi satu perbezaan besar antara langit dan subjek gambar.











10 Contoh Karya Grafitti Inspirasi Vol:1


Seni graffiti dapat menjadi sumber inspirasi yang bagus. Kita sebagai pereka, boleh mendapat inspirasi daripada segala-galanya hampir sekitar, dan koleksi ini boleh memenuhi keperluan yang berkaitan inspirasi anda menggunakan hasil seni grafiti dalam reka bentuk seharian. Dalam post ini, aku beri contoh yang menakjubkan seni grafiti yang berkaitan dengan ruang, jenis, corak, seni cetak, serta beberapa konsep abstrak dan fantasi yang berkaitan. Semoga, semua orang akan mencari sesuatu yang menarik dan produktif untuk mendapatkan yang terbaik daripadanya. Semua karya seni membawa kepada sumber asal mereka.










Komik Keluang Man Kembali