Mungkin antara korang yang mempunyai hobi mengumpul figura atau lebih tepat mainan, tak kisah la sama ada kamen rider ker, star wars ke dan lain-lain. Pada masa kini ruang untuk menjual dan membeli secara online adalah pilihan yang tepat kerana menjimatkan masa dan kita boleh memilih mainan/toys yang diingini. Pada masa hadapan mungkin kita akan menjual kembali mainan yang telah kita beli itu, jadi disini aku bagitau beberapa terminologi atau frasa dalam korang nak beli dan jual mainan korang tu. Kebiasaannya orang yang lama berkecimpung dalam hobi bu dah tau terma yang digunakan. Berikut adalah beberapa frasa atau maksud yang sering digunakan jika korang nak membeli dan menjual mainan korang tu:
MISB - MINT IN SEALED BOX
Bermaksud kotak figura masih belum dibuka semasa dibeli dan dijual. Malah masih dibaluti oleh lastik asal daripada pengeluar. Jadi kategori inilah yang paling bernilai. Jangan terkejut pulak kalau tengok ada yang mencecah ribuan ringgit walaupun figuranya kecil.
MIB - MINT IN BOX
Bermaksud kotak figura masih baru walaupun telah ditanggalkan plastik, namun figura masih belum dikeluarkan. Maknanya harga masih boleh tinggi sebab kotak tiada tanda-tanda dibuka.
MOC - MINT ON CARD
Yang ini pun lebih kurang sama dengan MIB tetapi harga untuk figura lebih rendah daripada kategori sebelumnya. Pakej masih baru dan belum dibuka juga.
BIB - BACK IN BOX
Figura ini boleh dibeli dan dijual dengan harga murah daripada harga asal kerana ianya sudah dibuka dan dikembalikan semula ke dalam kotaknya. Maknanya figura dan terdedah dan kotak telah dibuka. Kalau bungkus balik pun nampak cacat gak.
Frasa yang digunakan tentunya berguna dalam urusan jual beli atau bertukar koleksi dengan kawan-kawan nanti. Korang harus ingat untuk pakej /kotak BELUM DIBUKA harganya adalah berlainan dengan yang sudah dibuka. Nasihat daripada aku, jagalah koleksi baik-baik, mana tahu boleh menjana pendapatan. Apapun dapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman.
Sebarang idea dan pendapat emelkan ke : akunapie@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan