Bagi korang yang sudah bosan dengan komik di Malaysia yang banyak mempromosikan style manga dalam penghasilan komik-komik, korang patut baca review komik Badang ini.
Komik Badang ini adalah terbitan BA-C MENTE INHOUSE dan konsep komik ini terarah kepada cerita hikayat duhulu kala yang diangkat ke bentuk komik untuk tatapan korang. Gabungan hebat oleh dua orang pemuda berbakat dalam penulisan iaitu Burhanuddin B.S dan pelukis, Imran Marsad sudah pasti membuatkan korang menghayati setiap mukasurat berwarna dalam komik ini.
Pengolahan jalan cerita Badang ini tidak sama dengan apa yang pernah kita dengar sebelum ini. Aku pasti komik seperti ini akan membuka dimensi baru dalam adaptasi hikayat dahulu kala. Dengan gaya bahasa yang cukup indah dan menggunakan bahasa melayu purba sudah pasti diingati jalan ceritanya yang menarik ini.
Manakala gaya lukisan oleh Imran yang banyak dipengaruhi style lukisan oleh Ashley Wood dan Ben Templesmith sudah pasti memukau peminat komik tempatan. Beliau bijak menggunakan warna yang bersesuaian dan kita akan merasakan turut berada pada zaman itu.
(KLIK UNTUK LBIH JELAS)
Jadi, nak cerita banyak pun tak guna guna. Aku sarankan korang cepat-cepat order komik Badang ini (SILA LIHAT POSTER DI ATAS)dan berikanlah review korang pulak. Teruskan menyokong industri komik kartun tanah air. Nantikan, mungkin akan ada interview eksklusif bersama dua orang jejaka hebat ini. Sebarang idea boleh emel ke: akunapie@yahoo.com atau komen di www.facebook.com/AKUSEMPOIBLOG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan