12 Ogos 2012

MAJALAH SENYUM - SANTAI UNTUK SEMUA BAKAL TERBIT


Majalah Senyum merupakan sebuah lagi majalah yang akan terbit kemungkinan dalam bulan Oktober nanti (menurut sumber kartunis A.Z). Konsep majalah ini pula lebih kepada kartun dakwah dimana selain kita berhibur dengan isi kandungan majalah kita juga dapat medapat ilmu yang terbaik menerusi penghasilan cerita melalui kartun. Dengan hadirnya majalah ini dapat memeriahkan lagi industri kartun komik tanahair. Majalah ini turut mengalu-alukan sebarang idea dan pendapat serta bagi mereka yang berminat untuk berkarya bolehlah emel ke: mj.senyum @gmail.com atau buat cariah di facebook: Majalah Senyum. Diharap korang semua terus menyokong kartun tempatan disamping mendapat manfaat bersama. Teruskan dengan blog ini untuk sebarang updates terbaru.  Insyaallah :)

1 ulasan:

Zizul berkata...

terbaeeek ...mari meriahkan balik majalah kartun tempat...

Komik Keluang Man Kembali