21 Mac 2012

MAJALAH KOMIK DAKWAH MASA KINI


Pada bulan Mei nanti akan muncul sebuah majalah komik dakwah terbaru di pasaran Malaysia. Majalah yang diberi nama UOK? itu memaparkan segala bentuk nasihat dan peringatan dakwah dalam bentuk komik. Ianya bersesuaian dengan trend remaja masa kini yang gemarkan komik terutamanya dari luar negara. Justeru dengan kehadiran majalah ini dapat menarik minat golongan remaja khususnya dan masyarakat amnya. Antara barisan kartunis yang menyumbangkan karya masing-masing ialah Duku, Alif Firdaus Azis, Wanzu, Jonos, A.Z, Dakwat Itam, Al-Maseh, Rose-man, C'pot, Topek Taib dan lain-lain lagi. Semestinya dengan barisan kartunis tersebut dapat memantapkan isi kandungan majalah ini. Diharap juga dapat menyemarakkan industri kartun tanahair dan semoga majalah ini dapat bertahan lama seperti majalah yang sedia ada di pasaran masa kini. Sebarang idea dan pendapat atau ingin menghantar karya boleh emelkan kepada: majalahuok@gmail.com . Korang mesti sokong majalah ini bila dah terbit bulan Mei nanti. Sila komen post ini untuk sebarang idea dan apa saja. Sempoi!!!

Anugerah Pekomik Datang Lagi


Anugerah yang memberi pengiktirafan kepada semua pengiat kartun dan komik tanah air kini kembali untuk edisi tahun 2012 ini. Pencalonan masih dibuka untuk sebarang penerbitan yang diterbitkan sebelum ini. Untuk senarai pencalonan dan syarat-syarat korang boleh layari blog di : http://anugerahpekomik.blogspot.com. Pada tahun ini anugerah pekomik akan diadakan di auditorium Kolej Damansara Utama pada 20 Mei 2012. Pelbagai acara sampingan turut diadakan seperti 24 Hour Comics Day dimana artis komik menghasilkan komik 24 muka surat dalam tempoh 24 jam sahaja. Selain itu, penampilan beberapa orang artis komik antarabangsa turut memeriahkan acara. Forum pekomik seperti biasa akan membincangkan perkara berkaitan industri tanahair bersama panel berpengalaman. Teruskan memberi sokongan kepada industri komik dan kartun tanah air.Peace!!!!!

Sekitar Sesi Santai Bersama Dato' Lat dan Kartunis Malaysia.


Pada 11 Mac 2012 yang lalu, program santai bersama Dato Lat bersama kartunis Malaysia telah diadakan di Hotel The Royale Bintang @ The Curve. Program bertujuan untuk mendekatkan kartunis lama dengan generasi baru disamping berkongsi aktiviti ataupun projek semasa setiap kartunis.Jadi wakil AKU SEMPOI iaitu aku telah berkesempatan ke sana untuk menyibuk dan melihat suasana ketika itu.


 Acara yang dimulakan dengan mendaftar nama sebelum masuk ke dalam dewan untuk sesi santai. Hos pada petang itu ialah En. Azhar Abdullah iaitu presiden pekomik.Sesi turut memberikan penghormatan terakhir kepada kartunis yang telah meninggalkan kita semua melalui slide yang disediakan. Dato' Lat mengambil tempat menceritakan pengalaman beliau disamping kartunis otai turut sama berkongsi cerita. Acara petang itu diakhiri dengan sesi bergambar dan ramah mesra disamping bertukar pendapat dan mencari ruang untuk berkerjasama.


Aku berpeluang untuk promo komik kartun Aku, Dia dan Bujang kepada beberapa orang kartunis. Sememangnya aktiviti ini patut diadakan setiap tahun, kartunis Lemburock mahukan hari tersebut dijadkan Hari Kartunis Malaysia setiap tahun. Apapun sempoi selalu.



Komik Keluang Man Kembali