24 Mei 2012

Cash Out Nuffnang Punya Earning


Sudah lama tak bukak laman Nuffnang dan jarang update profile, tapi baru-baru ni bila tengok ada duit yang boleh ditunaikan. Jadi tunggu apa lagi, walaupun tak banyak tapi boleh juga guna kan. Last aku cash out rasanya pada tahun lepas, mungkin orang tak berapa minat nak melayari blog-blog aku seperti ini. Namun blog Oh Napie mendapat sambutan yang hangat dan jumlah pageviewnya menyamai blog AKU SEMPOI ini. Ramai yang suka tengok gambar dari membaca agaknya. Inilah post aku untuk kali ini. Jom cash out Nuffnang dan pikir nak beli apa pulak ye. Layan!!!!

Hobi - Mengumpul Toy Kamen Rider



Beberapa bulan ni aku telah mula serius dalam mengumpul mainan kamen rider terutama dari siri HDM (High Detail Moulding) dan Ultimate Solid. Semua mainan ini merupakan keluaran syarikat Bandai yang berpengkalan di China dan Jepun. Kecenderungan aku lebih kepada Kamen Rider dari siri sHOWA iaitu bermula daripada Kamen Rider 1 hingga Kamen Rider J. Jom layan beberapa gambar toys koleksi aku ni.









Aku tahu ramai antara korang juga mempunyai hobi yang sama dan mungkin mempunyai koleksi yang lebih hebat daripada aku. Mungkin hobi sebegini melibatkan wang yang banyak namun ianya merupakan suatu bentuk pelaburan dimana harganya akan meningkat jika ianya susah didapati pada masa akan datang. Apa komen korang boleh emel ke : akunapie@yahoo.com atau di facebook: www.fb.com/AKUSEMPOIBLOG

ANIMASI INFO HIBURAN - TANYA PROF. DIN


 Siapa kata industri kreatif di Malaysia terutama animasi sudah lesu? Memandai jer korang buat andaian. Ni satu lagi produksi animasi tempatan iaitu Blue Pipe Studio telah menghasilkan animasi yang mampu meberi info dan maklumat berguna kepada korang semua. Animasi bertajuk Tanya Prof Din ini akan mengajak korang mengenali info yang korang tak tau dalam kehidupan seharian.Ianya merangkumi alam sekeliling dan haiwan yang kita kenal tapi tidak tahu info sampingan mengenai haiwan tersebut. Sifat Prof Din yang bersahaja dan kadang-kadang kelakar mampu mencuit hati korang untuk tengok. 

 
Ini merupakan video promo untuk korang khas di blog AKU SEMPOI ni. Nantikan kemunculan animasi ini di stesen tv tempatan dalam masa terdekat. Sebarang maklumat dan perkembangan terbaru boleh didapati di laman facebook: TANYAPROFDIN atau like kitorang di: www.facebook.com/AKUSEMPOIBLOG. Teruskan menyokong industri kreatif tempatan. Layan!!!!

23 Mei 2012

LAYAN KARTUN KOMIK MALAYSIA DI FACEBOOK


Bagi pengemar, penyokong dan pembeli komik buatan Malaysia ini ada berita baik punya untuk korang semua. Seorang peminat kartun komik tempatan juga seorang pengumpul majalah lama telah berbesar hati berkongsi segala koleksi yang beliau ada untuk korang semua layan iaitu saudara Azahari. Laman facebook "Kartun Malaysia" ini turut menarik minat beberapa orang pelukis komik tanah air untuk mengimbau kembali kenangan mereka semsa dengan beberapa penerbitan majalah yang telah dihentikan atas sebab tertentu. Selain koleksi majalah lama seperti Ujang, Batu Api, Geli Hati dan Gila-Gila, terdapat juga updates tentang beberapa penerbitan majalah yang akan datang disamping komik-komik terbaru buatan anak tempatan.




Bagi pengemar, penyokong dan pembeli komik buatan Malaysia ini ada berita baik punya untuk korang semua. Seorang peminat kartun komik tempatan juga seorang pengumpul majalah lama telah berbesar hati berkongsi segala koleksi yang beliau ada untuk korang semua layan iaitu saudara Azahari. Laman facebook "Kartun Malaysia" ini turut menarik minat beberapa orang pelukis komik tanah air untuk mengimbau kembali kenangan mereka semsa dengan beberapa penerbitan majalah yang telah dihentikan atas sebab tertentu. Selain koleksi majalah lama seperti Ujang, Batu Api, Geli Hati dan Gila-Gila, terdapat juga updates tentang beberapa penerbitan majalah yang akan datang disamping komik-komik terbaru buatan anak tempatan. Layari; http://www.facebook.com/pages/Kartun-Malaysia/307123699304972

Komik Keluang Man Kembali