11 April 2009

Shin Tanaka Minat Model Kertas




Jepun street artist Shin Tanaka merupakan seorang pereka yang mementingkan ketelitian yang tinggi dalam menghasilkan karyanya. Biarpun hanya menggunakan kertas sebagai medium untuk menghasilkan model yang baik, namun design yang dibuat seakan-akan model sebenar dari bahan lain. Namanya tidak perlu dikenalkan kerana cukup dikenali oleh pereka lain serta mempunyai pengikut yang ramai untuk mengikuti perkembangan design terbaru Shin Tanaka.Tanaka berjaya mengabungkan unsur origami dan gaya urban dalam artwork beliau. Antara karya yang menaikkan nama Shin Tanaka ialah model kasut sneaker Nike yang direka dengan menarik. Ramai pereka menggunakan karyanya sebagai inspirasi untuk menghasilkan karya sepertinya. Sape yang minat nak try hobby membuat model dari kertas boleh klik kat>>>>SINI

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali