aku_NAPIE: nama penuh dan asal mna?
Ronasina: Mohd.Affandi bin Ramli dari bentong pahang
aku_NAPIE: sejak bila minat melukis ?
Ronasina: sejak kecik, aku rasa bakat adalah anugerah tetapi ada katalis yang mendorong. macam aku, aku teruja melihat kartunis Nan (din teksi) buat demonstrasi dalam suatu game show masa aku kecik2 dulu. lepas tu aku tak berhenti melukis.
aku_NAPIE: start melukis untuk majalah mna? dan skang dgn majalah mna?
Ronasina: karya pertama tersiar di majalah gila-gila ruangan senyum pelajar. masa tu aku tingkatan 5 (1990) menggunakan nama 'fendi'. lepas tu guna macam2 nama seperti Banzai dan Ude di majalah GELAGAT, JENAKA, GADO-GADO dan UMBUT. majalah ni semuanya dah terkubur. lepas tu aku mogok berkarya sebab majalah2 ni tak pernah bayar aku (kecuali GILA2 dan GELAGAT). lagipun aku tak pandai buat lawak slapstik. aku gunakan nama Ronasina di akhbar Suara Keadilan apabila Zunar editor ketika itu mempelawa. Apabila Zunar ditikam, dia menubuhkan syarikat sendiri dan menerbitkan majalah Gedung Kartun. Aku diajak berkarya dan menjadi editor di situ sehingga penerbitan kami diharanmkan. hari ni aku melukis di merdekareview.com
aku_NAPIE: karya terbaik setakat ni..dan impian dlm kerjaya ni?
Ronasina: karya terbaik kartun 'selaras' dalam merdekareview kisah perempuan gemuk yg ditegur oleh tukang jahit yg badannya semakin naik. dia jawab 'tak naik, cuma selaras saja'. feedback dari orang ramai dan kawan2 sngt baik tentang kartun ini. impian? aku hanya mahu melihat kebebasan berkarya dgn penuh tanggungjawab.

aku_NAPIE: bro ada sape2 yang jd sifu ke dalam berkarya?
Ronasina: sifu? takde..cuma aku ada terpengaruh dgn Paul Coker JR. Bagi aku kartunis ada kelebihan masing2. Zunar ajar bnyk juga tentang 'punch' atau macamana nak 'landing' idea dengan baik agar tak tersasar.
aku_NAPIE:Pendapat mengenai kerjaya kartunis sepenuh/separuh masa.
Ronasina: di malaysia, kalau kau separuh masa, nasib kau macam kentang ditendang sana-sini apatah lagi jika tak popular. nama penting di sini. malaysia sebenarnya punyai beratus2 kartunis dgn gaya tersendiri tapi entah mengapa impaknya tidak menggegarkan.
aku_NAPIE: Suasana komik tanahair tahun 90-an dan sekarang?
Ronasina: suasana dah jauh berbeza. aku memilih tahun 80an adalah era renaissance dunia komik dan kartun di malaysia. suasana itu tiada lagi apabila demam manga jepun melanda. kita sepatutnya meniru budaya demam manga itu bukan menggantikan kartun2 kita dgn manga jepun.
aku_NAPIE: pesanan utk sape yg nk jd kartunis
Ronasina: pesanan? aku bukan hebat jadi aku tak layak bagi tips. cuma aku mahu kartunis rakamkan juga apa isu negara yg berlaku hari ini. apa pun pandangan anda tak penting asalkan kau buat dengan kepercayaan kau sendiri dan bukan diarahkan oleh sesiapa. bertanggungjawablah
aku_NAPIE: cmner peminat nak kontek bro?ada blog atau emel.
Ronasina: email aku di ronasina@gmail.com dan kunjungi blog aku kulupsakah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan