22 Ogos 2010

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Buku Online akan mengadakan “Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010” yang bertemakan "Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan". Untuk makluman serta latar belakang yang merujuk kepada perkara di atas, ini adalah tahun ketiga penganjurannya bermula tahun 2006, dan diteruskan sebagai medan ilmu untuk kalangan pencinta buku berdiskusi mengenai isu-isu berkaitan dunia terjemahan, perbukuan, penerbitan, dan pembacaan.
Rasional bagi ITNM untuk bertindak sebagai penganjur bagi pelaksanaan tahun 2010 ini adalah sebagai sokongan terhadap usaha mengembangkan peradaban ilmu – yang antaranya boleh dicapai menerusi transformasi besar-besaran dalam aktiviti terjemahan dan pemantapan budaya membaca dalam sesebuah masyarakat. Hakikatnya, pemantapan budaya membaca akan memperkukuhkan kelangsungan tradisi proses pemindahan ilmu, sekali gus juga memperkayakan peradaban bangsa.
Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai atau menamakan beberapa kakitangan daripada agensi masing-masing untuk turut serta dalam seminar ini.
Tarikh: 21 September 2010 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Dewan Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Pelancaran: Disempurnakan oleh Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat), 

INFO DI: LAMAN WEB

0 Komen Korang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

blogr.my