26 September 2010

Zunar -Siapa Beliau? Phobia - Kenapa?



Dilahirkan pada 15 Mei 1962 di Bukit Junun, Gurun, Kedah, Zunar menghasilkan karya pertama beliau seawal 1973 dan tersiar di majalah Bambino. Atas galakan keluarga dan rakan-rakan, karyanya mula menjalar ke akhbar Mingguan Perdana dan majalah Kisah Cinta sebelum singgah di majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd.
Di Gila-Gila, kartun beliau dari masa ke semasa mula menarik perhatian pembaca dan juga penerbit kerana ideanya yang sinis. Kelebihan itu membolehkan karya beliau mendapat tempat di Cili Padi (majalah sisipan Gila-Gila) pada setiap keluaran di bawah judul Gebang-gebang.
Zunar kemudian melebarkan sayapnya ke Berita Harian dengan strip kartun berjudul Papa.
Namun, sebagai seorang yang tidak suka dikongkong apatah lagi dalam berkarya, Zunar cepat merasa bosan. Tambahan jika ada karya beliau yang cuba dibakulsampahkan oleh editor. Bagi beliau, kartunis seharusnya sama taraf dengan editor mahupun penulis, sepertimana yang berlaku di negara-negara barat!
Nama Zunar makin dikenali apabila beliau terlibat dengan gerakan reformasi ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Penglibatannya dalam gerakan tersebut membawa kepada penahanan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama beberapa orang lagi aktivis reformasi.
Selepas dibebaskan, Zunar kembali menghidupkan karier kartunnya, terutama yang menyentuh soal politik. Beliau juga sempat menghasilkan beberapa buah buku kartun yang banyak menyentuh mengenai gerakan reformasi yang disertainya.
Sehingga kini beliau masih terus melukis, khususnya untuk akhbar-akhbar milik parti politik, antaranya Harakah.


Jika sebelum ini Zunar menimbulkan kontroversi penghasilan Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun, terbaru beliau kembali mengegarkan dengan buah tangan Cartoon- O- Phobia. Semasa artikel ini ditulis beliau masih dibawah tahanan polis, namun pelancaran dan penjualan buku tersebut masih berterusan. Keep on.

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali