04 November 2010

Dead Mushroom Terus Berjuang



Dead Mushroom ditubuhkan pada tahun 1995, dipengaruhi oleh band rock 90-an dan gaya old skool rock 'n' roll. Band rock moden yang berasal dari Kuala Lumpur ini dianggotai oleh MIKE (bass) ,ZUL (drums) SHIDI (guitar), POJI (guitar) dan FAIZ (vocals). Seperti yang diketahui, Shidi (Rashidi Ishak) merupakan salah seorang pelakon berbakat tanah air.
Mula aktif melalui scene underground semenjak tahun 1996, mereka mengeluarkan material pertama iaitu demo bersama band-band seangkatan pada masa itu. Malah demo tersebut mendapat ulasan yang terbaik dan menjadi salah satu demo terbaik tahunan oleh undian di The Sun Blasting Concept. Pada tahun itu juga mereka menjadi juara kebangsaan melalui Pepsi Challenge - Young Discovery yang dianjurkan oleh Pepsi, AIM dan TV3. Lagu-lagu seperti Read My Mind, Suicide Hill, dan Fly My Soul mula menjadi siulan pada masa itu. Setelah lama menyepikan diri dan sibuk dengan urusan masing-masing, kini mereka muncul kembali untuk mengegarkan industri muzik tanah air.Hubungi mereka di:


0 Komen Korang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

blogr.my