08 November 2010

Hak Penggiat dan Pelaku Muzik Dengan PRISM


PRISM bermaksud Performers and Artiste Rights (M) Sdn Bhd yang merupakan idea asal oleh Dato' A.Rahman Hassan dan beberapa lagi pengiat seni dalam industri adalah sebuah badan yang berjuang selama ini untuk mempertahankan hak-hak pelaku seni/pemuzik tanahair. Ditubuhkan pada 2001, agenda utama mereka ialah untuk memungut dan mengagihkan royalti pelaku industri muzik. Jika diamati penyataan tersebut, tidak mustahil yang pemuzik pun bakal mendapat pembelaan yang sama seperti mana artis atau penyanyi itu sendiri! Terma 'pelaku industri' bukan bermaksud hanya satu dua individu tetapi lebih kepada komuniti besar yang mengerakkan industri ini. Ini termasuk lah yang bekerja di belakang tabir iaitu sessionist. Lebih lanjut di laman web PRISM .

Sumber daripada: ROTTW MAG Mac 2005.



Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali