29 September 2010

TV3 Tiru Montaj Honda?

Biar betul? Tak percaya la. Tapi itulah hakikatnya apabia idea montaj TV3 menyamai idea daripada montaj televisyen oleh Honda untuk kempen Drive Every Drop. Korang tengok jer gambar ni, ada persamaan sedikit kan. Sape tiru sape tak tahu la. Kredit untuk geng yang buat iklan Honda ni: 







Design Studio: National Television
Director: Chris Dooley & Kevin Walker
Executive Producer: Jared Libitsky 
Designer: Chris Dooley 
Technical Director: Kevin Walker 
Lighting: Jose Ortiz
3D Animators: Kevin Walker, Jose Ortiz, Hai Ho, Hansoo Im, John Nguyen, Wonhee Lee
2D Compositor: Wonhee Lee


Sumber: www.behance.net

28 September 2010

BlackBerry Murah Daripada Celcom


Sekarang memang musim perang handphone agaknya. Baru-baru ini Maxis dan Digi melancarkan i-phone terbaru. Tetapi Celcom pula melancarkan BlackBerry terbaru disamping pelan yang agak menarik dan bagus diikuti untuk peminat setia siri BlakBerry ini. Antaranya pelan termurah bermula RM0.50 dan harga istimewa BlackBerry iaitu RM998. Jom klik CELCOM untuk info lanjut.

27 September 2010

Pertandingan Manga Kebangsaan 2010 - Ada berani?


Liquid Media Communication Sdn Bhd dengan kerjasama Canon Marketing Sdn Bhd sekali lagi menganjurkan Pertandingan Manga Kebangsaan untuk kali - 2. Pertandingan seperti ini memberi peluang kepada bakat baru luar sana untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Hadiah menarik menanti peserta dimana keseluruhan hadiah berjumlah RM15,000 (banyak tu). Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu - sekolah rendah(7-12 tahun), sekolah menengah(13-17 tahun),dan amatur(18 tahun ke atas). Tarikh tutup pertandingan ialah pada 30 November 2010. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di :http://www.mymanga.com.my

26 September 2010

Sambil Twitter Dapat Duit Dengan Churpchurp


ChurpChurp merupakan salah satu laman web yang menawaran ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai Twitter untuk menjadi pengiklan . Fungsinya lebih kurang dengan nuffnang tetapi pembayaran adalah berdasaran tugasan yang diberikan. Contohnya kita mempromosikan sesuatu barangan yang telah diberikan. Macam mana kita nak dapat tugasan tu? Daftar la dulu, selepas itu orang boleh pilih antara dua sama ada mendapat melalui e-mel atau direct dari laman web tersebut. Korang just compose post dengan keyword yang menarik perhatian rakan-rakan di Twitter. Selamat mencuba, nakciter panjang pun aku baru jer join.Peace!

Zunar -Siapa Beliau? Phobia - Kenapa?



Dilahirkan pada 15 Mei 1962 di Bukit Junun, Gurun, Kedah, Zunar menghasilkan karya pertama beliau seawal 1973 dan tersiar di majalah Bambino. Atas galakan keluarga dan rakan-rakan, karyanya mula menjalar ke akhbar Mingguan Perdana dan majalah Kisah Cinta sebelum singgah di majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd.
Di Gila-Gila, kartun beliau dari masa ke semasa mula menarik perhatian pembaca dan juga penerbit kerana ideanya yang sinis. Kelebihan itu membolehkan karya beliau mendapat tempat di Cili Padi (majalah sisipan Gila-Gila) pada setiap keluaran di bawah judul Gebang-gebang.
Zunar kemudian melebarkan sayapnya ke Berita Harian dengan strip kartun berjudul Papa.
Namun, sebagai seorang yang tidak suka dikongkong apatah lagi dalam berkarya, Zunar cepat merasa bosan. Tambahan jika ada karya beliau yang cuba dibakulsampahkan oleh editor. Bagi beliau, kartunis seharusnya sama taraf dengan editor mahupun penulis, sepertimana yang berlaku di negara-negara barat!
Nama Zunar makin dikenali apabila beliau terlibat dengan gerakan reformasi ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Penglibatannya dalam gerakan tersebut membawa kepada penahanan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama beberapa orang lagi aktivis reformasi.
Selepas dibebaskan, Zunar kembali menghidupkan karier kartunnya, terutama yang menyentuh soal politik. Beliau juga sempat menghasilkan beberapa buah buku kartun yang banyak menyentuh mengenai gerakan reformasi yang disertainya.
Sehingga kini beliau masih terus melukis, khususnya untuk akhbar-akhbar milik parti politik, antaranya Harakah.


Jika sebelum ini Zunar menimbulkan kontroversi penghasilan Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun, terbaru beliau kembali mengegarkan dengan buah tangan Cartoon- O- Phobia. Semasa artikel ini ditulis beliau masih dibawah tahanan polis, namun pelancaran dan penjualan buku tersebut masih berterusan. Keep on.

Komik Keluang Man Kembali