16 Mac 2011

101 Rekreasi Hati Oleh Kartunis Nik (Ujang)


Buku ini adalah himpunan 101 hadith dari koleksi 300 Hadith Bimbingan yang merupakan usahasama Nik Wafdi Nik Jaafar ( pelukis untuk majalah Ujang) dan Dr. Zahazan Mohamed. Isi bukunya mempunyai hadith dan diselangi dengan komik berilmiah disebelahnya berkaitan hadith tersebut. Komik yang dilukis juga ada sebahagian yang berbentuk “satira semasa” diharap dapat memberi sedikit pengajaran kepada para pembaca. Dengan adanya selitan komik berkaitan sudah pasti dapat menarik minat pembaca khususnya golongan muda mengetahui hadis-hadis yang terkumpul. Buku ini sudah ada dipasaran yang diedarkan oleh syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Ayuh jadikan sebahagian daripada koleksi bernilai korang.

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali