11 Mac 2011

Demo Planet Tv - Saluran Tv Online Anda



DemoplanetTV adalah sebuah stesen televisyen Internet yang berkonsepkan Komuniti Rakan Media 1Malaysia.Slogan “Stesen TV Internet Anda” bersesuaian dengan misi syarikat untuk membolehkan pelawat menghantar semua hasil karya mereka termasuk filem, drama, klip video dan pelbagai sumber lain untuk dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Kami juga menyediakan perkhidmatan penyiaran secara percuma bagi membolehkan hasil kerja anda ditayangkan kepada pengunjung DemoplanetTV. Kami prihatin dalam memberikan khidmat sosial kepada masyarakat sejagat dengan menganjurkan kempen “Jangan sia-siakan Bakat Anda Bersama Jauhi Jenayah”. Kami mengetengahkan aspek anti-jenayah termasuk gangsterisme, vandalism, dadah dan sebagainya kerana remaja era ini lebih banyak terdedah dan cenderung kepada aktiviti yang tidak bermoral. Kempen yang kami jalankan diharap dapat membuka mata banyak pihak untuk berganding bahu dalam membentuk satu entiti masyarakat yang berilmu, berkeyakinan dan bebas jenayah seterusnya merialisasikan aspirasi 1Malaysia. 

Ikuti siaran di: http://www.demoplanet.tv/

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali