22 Mac 2011

Semua Tentang Ultraman




Ultraman (ウルトラマン Urutoraman?) ialah watak fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan televisyen tokusatsu atau "kesan khas". Ultraman membuat kemunculan sulungnya dalam siri TV SF/kaiju/adiwira tokusatsu, Ultraman, sebagai susulan kepada siri televisyen Ultra Q. Rancangan ini diterbit oleh Tsuburaya Productions, dan disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System (TBS) mulai 17 Julai1966 hingga 9 April 1967, dengan sejumlah 39 episod (40, jika diambil kira rancangan istimewa sebelum tayangan perdana pada 10 Julai1966). Meskipun Ultraman adalah siri pertama yang menampilkan mahkluk Ultra, namun ini sebenarnya Siri Ultra yang keduaUltra Q adalah yang pertama. Rancangan ini menjadi fenomena budaya pop yang besar di Jepun dan telah menarik berpuluh-puluh rancangan tiruan seumpamanya serta juga banyak sekuel dan bikinan semula, yang kekal popular hingga kini. Untuk membezakannya daripada wira-wira Ultra yang lain, Ultraman digelar "Ultraman yang asli" (初代ウルトラマン Shodai Urutoraman?), Ultraman pertama, Ultraman Hayata (iaitu nama perumahnya) atau cuma Man.  
Lagi filem, animasi dan komik tentang Ultraman boleh view dan download di: http://ultrafanz.blogspot.com

Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali