17 April 2011

Interview Artis Komik - Zamzami M. Zain


Setelah beberapa tidak membuat temu bual dengan artis komik atau kartunis tempatan, aku mendapat kesempatan menemubual seorang lagi bakat baru yang sedang meningkat naik dalam bidang industri komik tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Zamzami M. Zain yang popular dengan lukisan secara digital. Telah melancarkan komik pertama iaitu "Burger" pada Mac tahun lepas, beliau kini menghasilkan pelbagai karya baru untuk tatapan peminatnya. Ayuh ikuti temuabual esklusif ini. Layan...



aku_NAPIE: Salam, terima kasih sudi di interview oleh AKU SEMPOI
Zamzami: Wa'alaikumussalam..sama2~

aku_NAPIE: Kenapa pilih nama sebenar berbanding nama samaran?
Zamzami : Sebab aku cepat bosan dengan nama samaran. 

aku_NAPIE: Sejak bila minat melukis ni dan siapa kartunis/artis komik idola?
Zamzami : Tak ingat minat tu dtg sejak bila, tapi sejak darjah 2 aku dah aktif melukis
untuk pertandingan2 peringkat sekolah. Idola pula, sebenarnya aku lebih mengidolakan karya2 mereka berbanding artis itu sendiri. Di kalangan local artist, aku suka karya2 yg dihasilkan oleh Aie, Kromosom, Adijin, Azhar Abdullah,Oren dan Ben Wong. Di kalangan international artist pula, aku suka karya2 yang dihasilkan oleh Ma Wing Shing, Hui Kim Sung, Benjamin Zhang, Katsuya Terada dan Takehiko Inoue. Taste aku lebih kepada oriental style. Jawapan ni disebabkan anda tanya siapa kartunis/artis komik idola. Kalau tak terikat kepada komik sahaja, mungkin lain jawapan aku.



aku_NAPIE: Karya terawal? Dan sekarang berkarya untuk mana-mana majalah komik?
Zamzami : Karya komik pertama ialah one-shot comic untuk Komikoo bertajuk Zamrud Pancasona dan itu jugak yg terakhir kat situ. Sekarang aku tak berkarya untuk mana2 majalah komik namun dalam tahun 2010 aku ada menghasilkan novel grafik pertama iaitu 'BURGER' dan diterbitkan oleh Alaf21/Karangkraf. Aku mensasarkan tahun depan iaitu 2012 untuk tampil dengan sebuah lagi karya terbaru, dan aku berjanji kepada diri aku sendiri utk menghasilkan yg lebih baik berbanding karya2 sebelum ni...InsyaAllah~

aku_NAPIE: Karya terbaik setakat ini dan impian dalam kerjaya ni?
Zamzami : Karya terbaik rasanya belum ada, sebab aku masih lagi berusaha utk menghasilkan sesuatu yang boleh dikatakan terbaik pada pandangan audiens. Bila masanya pun aku tak pasti. Impian aku dalam bidang ni pula ialah supaya suatu hari nanti karya2 komik aku dapat dikenali dan dinikmati di seluruh dunia.

aku_NAPIE: Jika diperhatikan karya anda lebih kepada digital berbanding manual, boleh jelaskan.
Zamzami: Sebenarnya aku tersangat banyak melukis secara manual. Sehingga kadang2 kalau sesiapa terjumpa dengan karya2 manual aku tu, diorang takkan sangka itu adalah lukisan aku..hehe. Menjawab persoalan pula, aku bukanlah seorang yang menolak teknologi dan pembaharuan. Dengan tuntutan industri sekarang yang semakin rancak, aku lebih selesa menggunakan medium digital untuk berkarya kerana ianya lebih flexible, menjimatkan masa, menjimatkan kos, menjimatkan tenaga serta dpt menyelamatkan beberapa batang pokok yg digunakan untuk membuat kertas.


aku_NAPIE: Inspirasi dalam berkarya? Boleh bagi info tentang Mayaloca Studio?
Zamzami: My family inspired me the most. Selain tu, individu2 di sekeliling juga adalah sumber inspirasi aku. Mayaloca Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yg ditubuhkan oleh aku bersama 2 orang rakan kongsi. Syarikat ini memfokuskan kepada projek2 pembangunan multimedia dan juga perkhidmatan berasaskan multimedia kepada para pelanggan. Buat masa sekarang, membangunkan syarikat ini adalah fokus utama dalam kerjaya aku.

aku_NAPIE: Pendapat mengenai institusi pengajian tinggi sekarang yang ada menawarkan program seni kreatif, komik khususnya.
Zamzami : Semestinya ia satu perkara yang bagus, sekurang2nya seni komik juga diiktiraf sebagai salah satu daripada beribu2 cabang seni yang lain. Selain itu, ia dapat juga melahirkan lebih ramai golongan pelapis dalam bidang komik ni di mana setiap perkara berkaitan komik boleh diajar dan dipelajari dengan lebih proper sebagai persiapan untuk menempuhi alam kerjaya nanti.


aku_NAPIE: Komik Malaysia semakin rancak kebelakangan ini. Komen anda.
Zamzami : Yea..aku pun nampak jugak benda tu, di mana para penerbit komik sedang bersaing secara sihat dalam industri ni. Masing2 mula bersikap lebih terbuka untuk mempelawa artis2 komik berkarya dengan mereka tanpa mengira mereka itu orang baru atau lama. Komen aku, semoga situasi ini berterusan kerana aku percaya akan ada kesan yang positif ke atas industri kelak.



aku_NAPIE: Pesanan utk sesiapa yang nak jadi kartunis/pelukis komik.
Zamzami :Just go for it! Jangan hanya banyak bercerita tentang teori.

aku_NAPIE: Camner peminat nak kontek incik ?ada blog atau emel?
Zamzami: Huhu..ade peminat ke aku ni?Kalau ada..terima kasih banyak2. Untuk menghubungi aku utk lebih saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim, bolehlah berkunjung ke website aku di www.obexstudio.com...kat situ aku dah sediakan link2 berkaitan untuk menghubungi aku...:)

aku_NAPIE: Terima kasih sudi meluangkan masa untuk interview ini.
Zamzami: Sama2...terima kasih jugak kerana sudi menginterview aku...:)


Harap korang enjoy dan mendapat sedikit inspirasi daripada artis komik kali ini. Sebarang idea dan pendapat sila komen entri ini ok. Terima kasih atas sokongan Zamzami M. Zain. :)

*Segala gambar artwork adalah ihsan dan hakmilik Zamzami M. Zain.

3 ulasan:

Ieka AbWahid berkata...

ish...jeles!! sekian terima kasih >,<"

AKU NAPIE berkata...

2 pon nk jeles...rilek2..

Sachi Asukai berkata...

napie!cantik lukisan tue...ske:)

Komik Keluang Man Kembali