13 April 2011

Layan Komik Online Wuuhuu



Netxpert Sdn. Bhd. membangunkan portal penerbitan alam maya, wuuhuu.online.com dalam memberi alternatif bacaan kepada pengguna sekali gus membantu bersama-sama memulihara alam.Sebagai permulaan, portal berkenaan telah menerbitkan empat edisi wuuhuu E-comic yang mengenengahkan konsep humor kepada pembaca melalui medium digital.
“Kita menerbitkan wuuhuu E-comic sebanyak dua kali sebulan dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pembaca. Menariknya tentang wuuhuu E-comic, ia menggunakan teknologi flip book yang dapat memberikan pengalaman seolah-olah pembaca membaca komik di depan mereka.“Teknologi yang diguna pakai juga membenarkan pengguna memuat turun komik berkenaan dengan mudah dan cepat. Mereka yang terlepas edisi sebelum ini turut boleh memuat turun edisi terdahulu tidak seperti komik konvensional,” katanya.Sementara itu, Penyunting wuuhuu E-comic, Mazlan Abdullah, menambah, E-comic telah dibaca dan dimuat turun di 33 buah negara seluruh dunia.“Kebanyakan pembaca ini merupakan rakyat di Malaysia dan yang berada di perantauan yang inginkan kelainan dalam pembacaan digital mereka.“Kita berharap lebih banyak pembaca akan memilih pembacaan digital kerana ia dapat membantu memulihara alam sekitar,” katanya.Kartunis wuuhuu E-comic, Rudy Hazrin Abdullah, 26, berkata, dia sangat teruja apabila menjadi kartunis komik digital kerana ia merupakan satu pengalaman baru dan dapat memupuk minat membaca pembaca digital.
sumber: KOSMO

2 ulasan:

syairahmohdanuar berkata...

oh ade eh.mcm best je.nak try jugak lah.hihi >.<

AKU NAPIE berkata...

best la...sambil2 layan freewebcomic.com

tenkiu komen..

Komik Keluang Man Kembali