08 Januari 2011

Logo Design Singa Utara Die Hard Fan

 Ini merupakan design aku untuk seorang kawan yang mahukan logo untuk kelab peminat bola sepak Perlis iaitu Singa Utara Die Hard Fan. Konsep logo yang simple dan warna yang tepat adalah rekaan yang aku buat untuk logo ni. Korang tengok memang macam tak best, tapi kawan aku approve jer ni. Apapun ini adalah percubaan untuk mereka lebih banyak logo untuk client2 lain. Logo ini akan digunakan untuk fan page di Facebook dan design t shirt untuk kelab peminat.

Ini ialah design yang diterima untuk bahagian belakang t shirt kelab peminat bola sepak Perlis.

Rekaan adalah hakcipta : AKU SEMPOI

Orkid Jingga Production - Logo Design

Ini merupakan salah satu hasil kerja aku dalam mencipta logo untuk client. Client aku ialah terdiri daripada kawan-kawan sahaja dan tidak meletakkan sesuatu harga yang tinggi pun. Logo ini adalah untuk produksi seorang kawan yang belajar di Universiti Malaysia Sabah. Jangkamasa untuk menyiapkan logo ini cuma mengambil masa 3 hari sebab client nak cepat. Selepas beberapa design ini adalah yang final dan menjadi pilihan. Layan jer. Keep on support us!

Model Gempak 'Iron Man Mark V' 1/6th Scale Figure


Ini antara model yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia barangan daripada Hot Toys dan juga Ironman. Hot Toy telah menghasilkan figura yang menarik ini berpandukan siri filem Ironman yang akan datang dengan skala 1/6.  Figura aksi ini juga merupakan keluaran edisi terhad disamping menjadi collectable items untuk para peminat. Walaupun tak dapat beli, dapat tengok gambar pun kira ok juga kan. Anggaran harga lebih kurang RM1000 ke atas.

 sumber: SINI

07 Januari 2011

Sesi Santai Bersama Komik - M


Pada 26hb Disember 2010, Komik M dan Popular Book Store telah mengadakan sesi bersama Komik M dimana pengunjung dan peminat komik dapat bertemu bersama kartunis daripada Komik M. Aktiviti ini berlangsung di City Plaza Alor Star bermula 2.00 petang. Aku dan member , Faizal juga ke sini untuk menyokong aktiviti yang dijalanjan ini dan sebagai tanda sokongan terhadap Komik M. Antara aktiviti yang paling best ialah melukis watak kegemaran daripada mana-mana komik keluaran Komik M. Layan jer .
 1. Sesi melukis watak komik

 2. Aku Napie VS Jas An - Pelukis Komik Meon

3. Bergambar kenangan

Itu saja sekitar sesi santai bersama kartunis Komik M seperti Jas An, Bophairy, Froggy Pappa dan Reja Mus. Kitorang akan terus menyokong seperti ini untuk masa-masa akan datang. Support our comic industry.

03 Januari 2011

Kalau Dah Kreatif

Terdapat pelbagai cara untik menunjukkan daya kreativiti dalam diri. Antaranya seperti brader
Diem Chau yang mencipta hasil seni skuptur melalui krayon je. Beliau menukarkan sebatang krayon menjadi hasil seni yang unik dan menarik. Jom rilek dan santai layan hasil kerja Diem Chau ni.







Lagi mengenai beliau di : http://www.diemchau.com/

Komik Keluang Man Kembali