11 Mei 2012

Majalah Baguih - Gegar Malaysia


Fuiyoo..baca jer tajuk post blog kali ni mesti korang tertanya-tanya apa yang best sangat dengan majalah Baguih ini? OK, ini aku nak cerita la ni. Majalah Baguih merupakan salah satu majalah baru yang terdapat di Malaysia dimana ianya mula diedarkan seluruh pelusuk Malaysia mulai pertengahan Mei 2012 ini. Konsep Majalah ini ialah komik yang penuh dengan keterujaan , adventure dan mampu membuatkan korang ketawa jugak. Hahaha.. Menggunakan tagline majalah komik pertama Malaysia mungkin disebabkan oleh keseluruhan isi kandungannya bergantung kepada komik sahaja disamping beberapa artikel yang menarik. Idea tercetusnya penerbitan komik ini oleh kartunis Kunyit (Ujang 1994-1996), jadi korang boleh bayangkan apa yang otai kartun boleh persembahkan dalam majalah ini.


 Selain itu, pelbagai gajet terkini boleh dimenangi melalui kontest yang diadakan. Tunggu lagi? Sebarang pertanyaan dan idea korang boleh ajukan di laman facebook : www.facebook.com/Baguih. Terus padu menyokong industri komik kartun tempatan .Peace!!!


Tiada ulasan:

Komik Keluang Man Kembali