28 Mei 2012

MAJALAH G3 KELUARAN KE 100 - TERUS MANTAP



Pada bulan Jun ini maka sudah sampai edisi ke 100 keluaran Majalah Gah Gempaq Giler iaitu G3. Bermula pada tahun 2005 majalah ini terus bertahan berbanding beberapa majalah lain yang muncul selepasnya yang lenyap begitu sahaja. Walaupun dikeluarkan hanya sebulan sekali namun isi kandungannya meliputi kesemua golongan sama ada kanak-kanak, remaja , dewasa dan mereka yang meminati kartun komik. Amat membanggakan bagi majalah tempatan yang mampu mencecah ke 100 kerana ianya bukan perkara yang mudah. Biarpun kartunis yang mencurahkan bakat disini bertukar ganti namun perlu dibanggakan kerana kebanyakkan yang berkarya disini adalah mereka yang berpengalaman dengan konsep humor dalam majalah lain.


Pada masa kini, peluang turut diberikan kepada kartunis generasi muda untuk menyumbangkan karya mereka disamping kartunis perempuan amat diperlukan untuk memeriahkan lagi industri komik tempatan. Mungkin ramai mengharapkan edisi kali ke 100 adalah bumper namun korang tetap akan berpuas hati dengan isi kandungan yang semakin mantap. Gayour ada bercerita nostalgia sepanjang penerbitan majalah ini, yang lain-lain korang kena beli la. Enjoy!!!

0 Komen Korang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Xchange Link & Follow Blog Ni

blogr.my