11 Mei 2012

MAJALAH M1 SANTAI UNTUK SATU MALAYSIA

Lebih kurang hujung tahun lepas telah muncul Majalah yang dikatakan agak berlainan dari segi konsep dan pengedaran majalah ini iaitu Majalah M1. M membawa maksud Majalah iaitu himpunan artikel dan kartun yang sesuai untuk semua golongan masyarakat, manakala 1(logo 1Malaysia) pula membawa maksud 1 Malaysia yang merangkumi kepelbagaian penduduk, kaum, peristiwa dan kisah di seluruh Malaysia. Mungkin ramai yang salah faham apabila majalh ini dikeluarkan, ianya sama sekali tidak memaparkan agenda politik pihak tertentu.


 Tagline Majalah untuk rakyat bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang benar-benar faham dan cintakan negara. Jelaslah yang majalah ini berkonsep kenegaraan, ada faham?Beberapa kartunis lama dan baru disamping penulis yang versatil digabungkan untuk mengerakkan majalah ini agar lebih diterima umum. Setakat ini ianya telah diterbitkan sebanyak 3 isu. Jadi kalau nampak kat mana2 terus rembat majalah ini ok. Lagi mudah layan kat blog: http://komikami11.blogspot.com. Sebarang komen dan idea emel ke: akunapie@yahoo.com okay :)



Majalah Baguih - Gegar Malaysia


Fuiyoo..baca jer tajuk post blog kali ni mesti korang tertanya-tanya apa yang best sangat dengan majalah Baguih ini? OK, ini aku nak cerita la ni. Majalah Baguih merupakan salah satu majalah baru yang terdapat di Malaysia dimana ianya mula diedarkan seluruh pelusuk Malaysia mulai pertengahan Mei 2012 ini. Konsep Majalah ini ialah komik yang penuh dengan keterujaan , adventure dan mampu membuatkan korang ketawa jugak. Hahaha.. Menggunakan tagline majalah komik pertama Malaysia mungkin disebabkan oleh keseluruhan isi kandungannya bergantung kepada komik sahaja disamping beberapa artikel yang menarik. Idea tercetusnya penerbitan komik ini oleh kartunis Kunyit (Ujang 1994-1996), jadi korang boleh bayangkan apa yang otai kartun boleh persembahkan dalam majalah ini.


 Selain itu, pelbagai gajet terkini boleh dimenangi melalui kontest yang diadakan. Tunggu lagi? Sebarang pertanyaan dan idea korang boleh ajukan di laman facebook : www.facebook.com/Baguih. Terus padu menyokong industri komik kartun tempatan .Peace!!!


Muslim Teens - Inspirasi Peribadi Mulia



Seiring dengan perkembangan positif industri komik kartun di Malaysia telah lahir beberapa majalah yang mampu memeriahkan lagi suasana tersebut. Baru-baru ini (tak jugak la) telah lahir Majalah Muslim Teens iaitu majalah berbentuk keagamaan dimana lahir dibawah satu bumbung dengan Majalah Ana Muslim. Dengan harga yang mampu iaitu RM6.00 sahaja, kelainan yang ingin ditonjolkan dalam majalah ini ialah mengajak golongan remaja khususnya perempuan berumur 15 tahun ke atas untuk mendapat inspirasi daripada isi kandungan yang positif daripada majalah ini.


Pelbagai artikel disamping komik menarik terdapat dalam majalah ini. Ianya turut memaparkan blog pilihan yang sesuar dilayari oleh pembaca semua. Semasa artikel ini ditulis, ianya sudah keluar bilangan ke: 2. Jadi tunggu apa lagi, terus rembat majalah yang mampu memberi info berguna disamping komik yang menrik didalamnya. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.anamuslim.com.my atau like facebook di: www.facebook.com/muslimteens 



07 Mei 2012

10 Foto Terbaik Sempena Hari Bumi 2012


Dalam post kali ini, kami mempamerkan koleksi cantik gambar-gambar yang menakjubkan dan mengagumkan yang berdedikasi kepada Earth Hour. Beberapa tahun kembali World Wide Fund for Nature meraikan acara alam sekitar dengan nama Earth Hour untuk meningkatkan kesedaran bahawa kita perlu mengambil tindakan ke arah perubahan perubahan iklim. Earth Hour di seluruh dunia disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Mac sekali setahun, dan semua lampu yang tidak diperlukan dan peralatan elektrik yang lain mematikan. Earth Hour 2012 yang berlaku pada Mac 31, 2012 pukul 8:30 petang hingga 9:30 petang masa tempatan dan kami cuba untuk mempamerkan sebilangan daripada jutaan gambar yang menakjubkan untuk memberipenghormatan dan untuk mewujudkan beberapa kesedaran mengenai acara ini. Korang  layan ok :)











Komik Keluang Man Kembali