13 Ogos 2012

5 Logo Percuma Format PSD (Photoshop)


Untuk freebies items pada kali ini aku nak bagi kink untuk logo dalam format PSD kepada korang yang terlibat dalam bidang design. Bukan bermaksud untuk ciplak idea orang tapi korang boleh edit mengikut kesesuaian koran tu. Aku berharap bahawa ini kompilasi template logo percuma akan membantu koranghasilakn logo yang hebat . Kita tahu bahawa mencipta logo untuk syarikat atau perniagaan memerlukan banyak masa dan usaha. Tambahan pula, reka bentuk logo mestilah unik dan tidak dapat dilupakan supaya pasaran sasaran mudah ingat syarikat dan barangan atau perkhidmatan. Jom layan logo tersebut. Dengan klik sahaj kat link tersebut ok :)










12 Ogos 2012

KOMIK AKU, DIA DAN BUJANG CECAH 130 BUAH LEBIH



Pada minggu lepas jualan komik aku iaitu Aku, Dia dan Bujang volume satu (termasuk repackaged), Bujang dan Kawan-Kawan (Edisi Penang), Aku , Dia dan Bujang volume dua (termasuk cetakan kedua) secara rasminya telah mencecah hampir 130 buah jualannya dimana setiap keluaran aku buatkan edisi terhad. Terima kasih kepada mereka yang menyokong aku selama ini.







Hanya komik Aku,Dia dan Bujang volume 1 (repackaged) dan Aku, Dia dan Bujang volume dua(cetakan kedua) yang masih ada untuk korang rembat buat masa kini. Untuk projek akan datang aku sedang siapkan 100% BUJANG yang mana akan dijual di Comic Fiesta 2012 dan keseluruhan isi kandungan komik akan diwarnakan untk menarik minat korang membaca. Terima kasih terutama kepada rakan-rakan kartunis yang sudi memberi tips dan panduan penghasilan kartun yang berkualiti. Korang boleh terus like page di: www.facebook.com/bujangkartun untuk sebarang info dan updates terkini komik akan datang.

Cara Mudah Tarik Trafik Dengan Traffic Exchange


KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK REGISTER (FREE)


Buat pengetahuan anda semua AsiaFans telah melancarkan satu tool iaitu Traffic Exchange.ini adalah satu web yang dibina oleh anak tempatan khusus untuk menarik trafik ke laman web anda seperti twitter,fanpage fb dan blog .

Jom register , macam na nak register jom follow step ni...

1>>Klik di Traffic Exchanger Banner dan tekan Register
2>>Isik maklumat yang dikehendaki dan tekan send
3>>Check email anda untuk pengesahan dan login.

mudah jew hanya 3 cara anda dah boleh tarik trafik dengan banyak.

apa kelebihan benda alah ni...

 1>>Meningkatkan trafik
2>>Menambah follower FB page,twitter,youtube
3>>Menambah Google +1

Jadi apa tunggu lagi kawan-kawan jom register

TQ: TAUFIQIL KHALIL





Komik Aku, Dia dan Bujang di Pesta Buku Perlis 2012


Pada 23 hingga 28 Julai 2012 yang lalu telah berlangsungnya Pesta Buku Perlis 2012 yang bertempat di Dewan 2020 Kangar. Pesta Buku kali ini merupakan penganjuran untuk tahun yang ke-10. Kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan Komik Aku, Dia dan Bujang Volume 2 yang merupakan kesinambungan kepada volume satu yang dijal pada bulan Mac lalu. Sepanjang seminggu berada di pesta buku ini sebanyak 48 buah komik edisi terhad cetakan pertama telah berjaya dirembat oleh mereka yang meminati kartun tanah air.

Kebanyakkan darpada mereka adalah budak sekolah, ini petanda baik terhadap industri kartun komik tanahair. Tidak lupa kepada warga kerja Visi Kreatif yang sudi memberi tempat kepada aku untuk menumpang dan mempromosikan komik aku. Berikut antara gambar sempat dirakan sepanjang pesta buku tersebut.




Diharap korang berpuas hati dengan post aku kali ini. Bagi mereka yang ingin membeli komik aku, dia dan bujang volume 1 dan volume 2 bolehlah emel kepada: akunapie@yahoo.com atau add aku di fb: www.facebook.com/napie007

MAJALAH SENYUM - SANTAI UNTUK SEMUA BAKAL TERBIT


Majalah Senyum merupakan sebuah lagi majalah yang akan terbit kemungkinan dalam bulan Oktober nanti (menurut sumber kartunis A.Z). Konsep majalah ini pula lebih kepada kartun dakwah dimana selain kita berhibur dengan isi kandungan majalah kita juga dapat medapat ilmu yang terbaik menerusi penghasilan cerita melalui kartun. Dengan hadirnya majalah ini dapat memeriahkan lagi industri kartun komik tanahair. Majalah ini turut mengalu-alukan sebarang idea dan pendapat serta bagi mereka yang berminat untuk berkarya bolehlah emel ke: mj.senyum @gmail.com atau buat cariah di facebook: Majalah Senyum. Diharap korang semua terus menyokong kartun tempatan disamping mendapat manfaat bersama. Teruskan dengan blog ini untuk sebarang updates terbaru.  Insyaallah :)

Komik Keluang Man Kembali