18 April 2009

Paranoia Graphic by Ayie Volume 2


Comic paranoia graphic sudah terbit untuk volume 2. Sori lambat sikit review pasal baru dapat info. Apapun support member kita si Ayie ni ok. Sebelum ni aku dah review VOLUME 1, Comic fanzine ini berunsurkan muzik dan berkaitan dengan kehidupan muda mudi masa kini.. kisah yang mengambarkan bagaimana muzik yang dibawa oleh mereka ini telah memberi pelbagai kisah yang menarik. kisahnya bukan hanya terhenti di fanzine ini sahaja. kerana ianya baru bermula. dan comic fanzine ini berisu-isu. stiap isu yang ditampilkan mempunyai kisah yang pelbagai yang harus ditempuhi oleh empat orang anak muda yang menggelarkan band yang dicipta oleh mereka iaitu BLINDED BY SILENCE. jadi ikuti kisah mereka.
untuk sesi order. itu takder hal.. senang saje.. hanya guna wang pos.
hanya RM5 ringgit termasuk kos penghantaran.
senang saje.
alamatnya tertera dibawah:

AYIE
#01-10,blok 3,jalan setia 4,
taman setia indah,
81100,johor bahru,
johor darul ta'zim,
malaysia.

**sertakan nama, alamat dan no. telefon korang**

17 April 2009

Kejayaan Lalu Diingati Kembali

Macam pernah tengok je komik ni kan kat mana2 kedai mamak mahupun kedai buku ternama. Percaya ataupun tidak karya aku turut dimuatkan dalam komik kompilasi bakat baru komik malaysia 2005 ni. Mesti korang tertanya pasal apa baru sekarang aku review dalam blog ni. Jawapannya aku start blog tahun 2008 dan saja nak kembalikan memori sewaktu menyertai pertandingan yang terhebat di Malaysia setakat ni.

Ni antara nama peserta yang berjaya ke peringkat akhir, termasuk karya aku yang tak seberapa 2, diorang ni sekarang dah berjaya menjadi pelukis komik dan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Akhirnya karya aku berjaya mendapat tempat pertama kategori komik strip bawah 18 tahun dengan karya Handphone.

Karya ni aku hasilkan setelah mendapat idea daripada melihat kawan2 yang gilakan handphone time 2. Dengan sedikit unsur humor dan mudah difahami akhirnya berjaya mendapat tempat pertama. Karya ni terpilih daripada 3 karya yang aku hantar, maybe juri lebih berkenan dengan karya ni. Bila teringat kembali, kadang-kadang aku terfikir juga adakah aku mampu mengulangi kejayaan lalu...peace!!

16 April 2009

Don`t Panic & Jangan Panik

The Don't Panic Pack adalah penerbitan percuma yang unik memaparkan universiti, ruang berkarya dan independent shops yang terpilih. Juga menceritakan serba sedikit mengenai muzik dari serata pelusuk dunia disamping karya yang terpilih untuk di review. Kat laman web don`t panic ni (www.dontpaniconline.com) terdapat online magazine yang menarik sebagai sumber rujukan untuk diexplore juga meletakkan poster untuk dinilai dengan teks, grafik design, illustrasi, fotografi, animasi, musik dan film untuk dinilai.Korang berpeluang memenangi trip ke Bali atau shooping baucar bernilai RM3000. Hanya jawab soalan yang senang dilaman web DON`T PANIC ni.

15 April 2009

Artwork Sebelum Aku Pandai Photoshop



Kejadian ni berlaku sekitar 2 tahun lalu la dimana aku tak pandai menggunakan photoshop time tu..Selepas skecth sikit aku pun nak kaler la karya aku ni, tapi dah xpandai guna photoshop terpaksa la guna alternatif lain. Aku pun gunakan Paint.net yang aku baru download time 2. Nampak macam pro jer kaler, padahal gunakan software yang limited fungsi jer. enjoy and comment ok. peace!!
Inspirasi untuk melukis gambar ni aku dapat daripada sebuah majalah yang aku selalu follow time 2 sampi sekarang, beza dalam 2 gambar org real tapi aku ubah jadi cam ada unsur2 komik sikit. Ditambah dengan trademark sempoi aku iaitu org berkepala kotak. Memakai kotak dikepala sebagai tanda tidak mahu dikenali kerana rupa tetapi bakat yang diserlahkan melalui hasil kerja. Falsafah ilmu ke ni,,

My New Project


Projek yang masih dalam perbincangan, hasil kolaborasi dengan member kat universiti di Malaysia ni. Terbuka kepada sape yang berminat dengan komik dan macam2 projek lagi dalam proses perbincangan. Syarat wajib korang mesti pelajar universiti lagi dan mempunyai blog yang diupdate sekurangnya sekali seminggu.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang perkembangan boleh ikuti kt blog rasmi yang masih dalam pembinaan. Klik >>>SINI

14 April 2009

Memori & Kenangan


Firstly korang tgk gambar ni mesti rasa kelakar dan lucu kan? Hehehe.. Sedar ataupun tidak, ianya telah melekat dalam ingatan kita bersama memori yang cukup indah. Bagi yang pernah melalui memori ini pasni mempunyai banyak cerita disebalik gambar ni kn..Start dengan iklan di TV setiap sebulan dengan mainan baru didalamnya serta suara Mat Sentul "Tora datang lagi dengan...(nama mainan)..amat diminati oleh kita time 2. Sekarang pun masih ada mainan ni dipasaran tetapi dah tak sepopular dulu. Korang ada citer?

Anugerah Pekomik-Iktiraf Perjuangan Seni Komik Malaysia


CLiCK 2 ENLARGE

13 April 2009

Top 5 Photoshop Tutorial Website

Aku nak share dengan kawan2 antara laman web yang aku masuk untuk belajar macam2 tentang photoshop ni. Selain daripada youtube yang terhad sumbernya, kita leh juga belajar dari website yang ada khas untuk tutorial photoshop ni. Ni top 5 website yang selalu aku ikuti. Just klik kt logo 2.



Ni adalah website dengan bilangan toturial yang best2 dan top quality artikel gak. Post baru pada setiap hari juga dengan bonus tutorial dan file yang boleh didownload.



Website ni tidak mempunyai koleksi tutorial yang banyak tapi try layan jugak sebab produk yang dihasilkan merupakan yang berkualiti.




Website ni pulak adalah kolaborasi pengguna dengan pelbagai gaya dan peringkat kemahiran masing2, tutorial juga taklah banyak sangat tapi boleh la nak try pe yang baru dalam website ni.



Yang ni merupakan website yang cukup dikenali oleh peminat photoshop, keran turut menyediakan tutorial dalam fotografi dan web design. Step yang ditunjukkan mudah difahami serta video yang berkualiti.




Tutorial yang berkualiti dan menjadi inspirasi untuk korang ada dalam website ni, juga sesuai untuk projek photoshop yang best2. Tapi kelemahannya jarang di update dengan post2 baru. Apapun korang masih bolh try dengan trick2 yang best dan berguna.

12 April 2009

Tiada Idea

Kreativiti sukar dilepasi apabila kita berada dalam kelompok yang inginkan kita setaraf dalam soal pemikiran mereka. Kita jua terpaksa berdepan dengan nilai kreatif yang hampir luput apabila ditinggalkan. Pencarian idea sejati memungkinkan kita melepasi apa jua halangan pemikiran ini. Justeru gabungan falsafah keindahan dalam membuat keputusan pasni menemukan kita dengan apa yang dicari..
Faham?Aku pn xfaham..

Gunting & Gam


Khas untuk yang boring dan tension korang boleh try buat model kertas ni..Senang jer, just gunting dan gam bahagian tertentu jer. Sape2 leh try, ajak kawan2 men benda ni. Special paperart dari ShinTanaka. Pastikan korang klik pada gambar ni, pastu print atas kertas yang xnipis sangat. Lepas 2 boleh start r, kalo boleh print banyak2 bagi member try. Simple n enjoy it friends!!

Komik Keluang Man Kembali